EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 1, 2021
uLearnMoneyLanggananAcara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN中文eDagang
Celik Wang

Produktiviti Buruh Negara Dijangka Pulih Tahun Ini

by moneycompass
Februari 23, 2021
in News
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengunjurkan tahap produktiviti buruh negara akan pulih pada 2021 selepas mencatatkan penurunan 5.4 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman turut menggesa sektor awam dan swasta meningkatkan produktiviti firma serta individu dalam menghasilkan barangan dan perkhidmatan penghantaran.

“MPC percaya pertumbuhan produktiviti bakal melonjak tahun ini. Unjuran positif itu adalah sejajar dengan jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak tujuh peratus pada 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia (MPB) telah menggariskan lima pemacu bagi pertumbuhan produktiviti iaitu bakat, teknologi, insentif, persekitaran perniagaan dan minda yang produktif.

“Bagi merangsang pemacu itu, MPC telah menetapkan ekosistem yang kondusif untuk kerjasama inovatif antara sektor awam dan swasta agar memberi kesan ke atas pertumbuhan produktiviti negara secara progresif.

“Sembilan Produktiviti Nexus, tunjang yang diterajui industri di bawah seliaan MPC, sedang diperkukuhkan inisiatif serta penyampaian strategik mereka termasuk menjalinkan kerjasama rapat dengan pemain industri dalam subsektor yang sepadan,” katanya lagi.

Menurut Abdul Latif, teknologi digital merupakan salah satu pemacu utama bagi melonjakkan tahap produktiviti, terbukti sebagai alat penyampaian, komunikasi, dan penyelarasan yang berkesan di tempat kerja sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

“Strategi dan inisiatif dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini dijangka memantapkan peranan teknologi digital seterusnya dalam melonjakkan produktiviti pada 2021,” katanya.

Abdul Latif ketika mengulas mengenai bakat menjelaskan penyesuaian terhadap permintaan baharu tenaga kerja adalah agenda terpenting bagi pertumbuhan produktiviti.

“Menyusun semula dan mendukung tenaga kerja, serta mengurangkan bakat yang tidak padan, adalah antara strategi bagi menangani permintaan termasuk bekalan bakat untuk tenaga kerja masa depan,” tambahnya.

 

– BERNAMA

BACA SETERUSNYA –MPC : PKS Perlu Kekal Positif

ShareTweetPin
Previous Post

Penyertaan Meluas Semua Sektor Dapat Bantu MyDigital Capai Sasaran

Next Post

Sektor Penerbangan Dijangka Pulih Dalam Tempoh Dua Tahun

Related Posts

Woman Vaping behind the wheel
Gaya Hidup

Pemain Industri Vape Sedia Di Kawal Selia Kerajaan

01 Mac 2021
News

Sumbangan Ekonomi Digital Pada KDNK Negara Positif

26 Feb 2021
Berita Terkini

Kawal Harga Borong Peranti Teknologi 5G

26 Feb 2021

Discussion about this post

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget
loader

  • Isi Borang Temu Janji Dalam Talian Sebelum Berurusan Di JPN

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairat Kematian Percuma Yang Perlu Diketahui

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa Perbezaan Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Wang

    10 shares
    Share 10 Tweet 0
  • Permohonan Perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Online

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

loader

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Info Pasaran Global
    • Info Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

loader

Career