KUALA LUMPUR – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM32.60 bilion daripada RM39.62 bilion pagi ini, sementara dalam sistem Islam, ía berkurangan kepada RM16.80 bilion daripada RM21 .29 bilion, sebelumnya.
Awal hari ini, BNM telah mengadakan tender lelongan julat tempoh matang (RMA) dan tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA).
Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk jangka masa satu hingga tiga bulan.
Pada jam 4 petang, bank pusat meminta tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RMI 6.7 bilion, keduanya untuk wang sehari.
Kadar faedah semalaman Islam purata ialah pada 1.72 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan J.85 peratus.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – Utamakan Yang Belum Pernah Mendapat Pinjaman Bank
Discussion about this post