JELI – Keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dijangka tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, ini berikutan Malaysia sudah lama menjalin hubungan baik dengan negara-negara Iain termasuk Korea Utara selama ini. ”Tindakan Korea Utara itu dijangkakan tidak memberi kesan dari segi ekonomi
“Nilainya (impak) sikit sangat atau tidak ada langsung…oleh itu keputusan tersebut tidak jejaskan apa-apa (terhadap ekonomi negara)’’ katanya dalam satu kenyataan.
Menurut laporan media, Pyongyang pada Jumaat mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia susulan keputusan mahkamah memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan pengubahan wang haram.
– BERNAMA
BACA SETERUSNYA – Malaysia Menjadi Antara Penerima Kenuntungan RCEP
Discussion about this post