EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, November 29, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

JobStreet Tawar Kursus Teknologi Spesialis Percuma

PIKOM terus menggesa rakyat Malaysia supaya meningkatkan kemahiran (upskill) dan memahirkan semula (reskill) untuk menjadikan kerjaya mereka lebih kalis masa depan.

by moneycompass
Mei 5, 2021
in Berita Terkini, Berita Utama, Kompas, Tajuk Utama
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Awal bulan Mac 2021, portal pekerjaan dalam talian yang terkemuka JobStreet telah mengumumkan kerjasama dengan wadah pendidikan digital British FutureLearn untuk menawarkan peluang peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada rakyat Malaysia melalui kursus percuma daripada universiti bertaraf dunia dan pakar industri.

Dalam kenyataan hari ini, JobStreet mengumumkan bahawa kursus teknologi spesialis adalah antara yang paling popular di bawah inisiatif ini.  Kursus yang paling popular pada masa ini dalam kalangan rakyat Malaysia ialah ‘An Introduction to Cybersecurity’ yang ditawarkan oleh Open University, iaitu sebuah universiti penyelidikan awam dan universiti terbesar di UK bagi pendidikan siswazah.

Kursus yang kedua paling popular ialah ‘Programming for Everybody (Getting Started with Python)’ oleh University of Michigan, Amerika Syarikat, sementara di tempat ketiga ialah kursus ‘Logical and Critical Thinking’ yang ditawarkan oleh University of Auckland, New Zealand.

‘Big Data Analytics: Opportunities, Challenges, and the Future’ oleh Griffith University, Australia dan ‘English for the Workplace’ oleh The British Council masing-masing di tempat keempat dan kelima paling popular.

Pengurus Negara JobStreet Simran Kaur, berasa gembira melihat rakyat Malaysia mengambil usaha untuk meningkatkan kemahiran dan memahirkan semula diri mereka supaya kekal relevan dalam Ekonomi Digital hari ini.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan meningkatkan taraf kerjaya mereka supaya mereka sentiasa relevan dan diperlukan dalam landskap pekerjaan yang sentiasa berubah dan berkembang.”

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Komputer Dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Danny Lee, berkata bahawa rakyat Malaysia hendaklah sentiasa meningkatkan kemahiran dan memahirkan semula diri mereka. Tambah beliau, kemahiran dan kepakaran ‘digital terlebih dahulu’ atau ‘digital-first’ akan sentiasa mempunyai permintaan disebabkan penyebaran teknologi di tempat kerja moden.

“Terdapat keperluan yang mendesak untuk orang meningkatkan kemahiran mereka dengan pengetahuan teknologi berserta celik digital dan kemahiran boleh pindah,” kata Lee sebelum menggalakkan rakyat Malaysia mendaftar untuk kursus percuma ini melalui portal JobStreet.

“PIKOM mengalu-alukan inisiatif JobStreet ini sebagai usaha pembinaan negara dan akan memperkasakan rakyat Malaysia untuk membawa kerjaya pilihan mereka ke tahap seterusnya supaya mereka boleh menjadikan kerjaya mereka lebih kalis masa depan,” tambah Lee.

FutureLearn, diasaskan pada Disember 2012, adalah milik bersama The Open University, sebuah universiti penyelidikan awam dan universiti terbesar di UK untuk pendidikan siswazah dan SEEK Ltd, syarikat induk JobStreet.

Ia adalah wadah pembelajaran kursus dalam talian terbuka yang paling bereputasi baik di dunia, dan setakat Jun 2020, merangkumi 175 rakan kongsi UK dan antarabangsa, termasuk rakan kongsi bukan universiti.

Kempen ini yang berakhir pada 31 Mei 2021 atau apabila 100,000 baucar kursus telah ditebus sepenuhnya, menawarkan lebih 80 kursus yang memfokus kepada kemahiran insaniah baru muncul dan boleh pindah yang ditawarkan oleh universiti global. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada satu kursus sahaja bagi setiap individu.

Pelbagai kursus disampaikan langkah demi langkah, dan boleh diakses di telefon bimbit, tablet dan desktop. Setelah tamat kursus masing-masing, calon akan menerima sijil yang boleh mereka lampirkan pada profil JobStreet mereka sebelum menerokai peluang pekerjaan penting atau ‘jobs that matter’ baharu daripada portal JobStreet.

Nota: Daftarlah untuk mengukuhkan kemahiran anda sekarang: https://www.jobstreet.com.my/career-resources/levelupyourcareer/
#JobsStreetLevelUp

 

BACA SETERUSNYA: – JomKerja@NCER Buka Peluang Pekerjaan.

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

OPR Dijangka Tidak Dikurangkan Oleh BNM

Next Post

PKP Di 6 Daerah Dalam Selangor Bermula 6 Mei

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA