Kuala Lumpur, Malaysia, 19 Mei 2021 – UOB Malaysia mengunjurkan pelaburan yang diluluskan di Malaysia akan meningkat 13 peratus kepada RM185 bilion pada 2021, di mana hampir 40 peratus adalah daripada pelaburan langsung asing (FDI) . China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal sebagai antara sumber utama FDI, di mana kebanyakan daripada modal akan disalurkan ke sektor nilai tambah tinggi, termasuk elektrik dan elektronik (E&E), kimia, pembuatan dan perindustrian.
Meskipun menghadapi persekitaran ekonomi global yang mencabar pada 2020 akibat pandemik COVID-19, Malaysia mencatat jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM164 bilion, di mana RM64.2 bilion adalah dari sumber FDI. China merupakan sumber FDI utama Malaysia dengan RM18.1 bilion, atau bersamaan dengan 28.2 peratus. Penyumbang lain termasuk Singapura dengan FDI sebanyak RM10 bilion, Belanda dengan RM7.0 bilion, dan AS dengan RM4.3 bilion.
Pada 2020, Bank berjaya memudahkan peningkatan hampir 20 peratus aliran masuk FDI dari China, berbanding tahun sebelumnya. Ia juga menyokong aliran mantap pelaburan baharu dari syarikat Eropah, terutamanya dari Perancis, Jerman dan United Kingdom, yang meningkat hampir 10 peratus setiap tahun.
BACA SETERUSNYA: – BSN Tawar Bantuan Pembayaran Untuk Pelanggan Bersasar
Discussion about this post