Semasa sidang media pada 22 Mei lepas,Tan Sri Dr. Noor Hisham memberitahu bahawa pemakaian dua pelitup muka bersama “face shield” adalah digalakkan terutamanya apabila berada di tempat yang sesak.
Mungkin ada ramai yang tertanya apakah cara yang betul untuk memakai pelitup muka berganda. Jadi, artikel ini akan berkongsi panduan yang ringkas dan tepat mengenai pemakaian pelitup muka berganda.
Berikut adalah panduan dari CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat.
CARA PERTAMA: “KNOT & TUCK”
Cara pertama adalah dengan mengikat gelung telinga ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka. Rujuk infografik di bawah untuk penjelasan.
CARA KEDUA: Pelitup Muka Berganda
Cara yang kedua adalah dengan pemakaian pelitup muka berganda iaitu pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan. Memakai dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik dan tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai. Rujuk infografik di bawah untuk penjelasan.
Keberkesanan Pelitup Muka
Berdasarkan kajian CDC, pemakaian pelitup muka secara berganda dapat memberikan perlindungan sehingga 85.4 peratus berbanding hanya 56.1 peratus jika memakai pelitup muka perubatan tunggal (selapis). Infografik di bawah menunjukkan peratus keberkesanan pelitup muka.
Pemakaian Dua Pelitup Muka Yang Betul
Sekiranya anda tidak mahu lakukan cara yang pertama, ini adalah cara yang betul untuk kaedah kedua. Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.
Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja. Rujuk infografik di bawah.
Sekarang, anda telah tahu cara-cara yang betul untuk memastikan pelitup muka anda digunakan dengan sebetulnya. Jagalah diri anda dan pastikan anda sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Ingat, sama-sama kita membanteras penularan COVID-19 di Malaysia.
Sumber: KPKesihatan
BACA SETERUSNYA: – Hanya 7 Daerah Zon Kuning, Tiada Lagi Zon Hijau
Discussion about this post