KUALA LUMPUR – Pusat pemberian vaksin secara pandu lalu akan dilaksana di Hospital Pakar Kanak-Kanak, dekat Cheras, bagi mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Pendekatan kali kedua itu diperluas selepas projek perintis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, menunjukkan kejayaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pemberian vaksin berteraskan kaedah ini berfokus kepada penerima dalam kalangan penduduk di kawasan bandar.
“Ia terutama bagi mereka yang mempunyai masalah capaian vaksin, masalah kemudahan kenderaan untuk mendapatkan vaksin dan lain-lain lagi.
“Ini menjadikan PPV Institusi Pengajian Tinggi di Hospital Canselor Tunku Mukhriz sebagai PPV kedua yang menyediakan khidmat pemberian vaksin secara pandu lalu dan pertama untuk berteraskan kaedah bergerak.
“Dengan adanya pelaksanaan program pemberian vaksin secara pandu lalu dan bergerak ini, berupaya mempercepat proses pemberian suntikan pelalian, sekali gus mencapai imuniti kelompok dalam tempoh lebih singkat,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
–BERITA HARIAN
BACA SETERUSNYA: Pusat Saringan COVID Percuma Dalam Perancangan
Discussion about this post