EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Usahawan Hanya Perlu Tunjuk Bukti Untuk Memohon SPUR

by moneycompass
Jun 4, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

SHAH ALAM – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) kini memudah cara permohonan peniaga bumiputera yang ingin membuat pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR).

Pengerusi Tan Sri Noh Omar berkata pemohon hanya perlu mengemukakan bukti yang mereka telah diberhentikan kerja ekoran kesan COVID-19 dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang telah memulakan perniagaan.

Beliau berkata proses kelulusan permohonan bagi pembiayaan SPUR juga akan dipercepat iaitu dalam tempoh empat minggu sahaja denpan perlu memenuhi dua syarat baharu yang ditetapkan.

“Kita meningkatkan peruntukan kewangan bagi skinn ini daripada RM5 juta kepada RM50 juta, dengan menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 yang dijangka dimanfaatkan oleh kira-kira 1,000 peniaga bumiputera.

“Ia berasaskan siapa dahulu layan dahulu. Selain itu, kadar yang dikenakan kepada usahawan hanya 3.5 peratus setahun berdasarkan kadar baki bulanan,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.

SPUR yang bermula 7 Mei lepas telah menerima 124 permohonan lengkap setakat pada Rabu daripada 2,052 pendaftaran yang diterima.

Noh berkata permohonan yang ditolak akan dinilai semula memandangkan syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ini agak ketat seperti syarat permohonan pinjaman biasa.

Dalam pada itu beliau berkata PUNB akan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pembiayaan ke atas prinsipal untuk tempoh enam bulan iaitu sehingga 31 Dis, 2021.

Ini akan memberikan manfaat kepada 2,330 rakan usahawan PUNB dan 718 penerima pembiayaan ‘Bumiputera Relief Financing’ (BRF), katanya. “Inisiatif ini akan melibatkan kutipan berkurangan sebanyak RM92.75juta,” katanya.

Selain itu beliau berkata pemberian diskaun sebanyak 50 peratus ke atas sewa premis perniagaan PUNB selama enam bulan sehingga 31 Dis, 2021 juga diberikan kepada 230 penyewa melibatkan anggaran kutipan sewa berjumlah RM2.89 juta.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Ketirisan Wang Beri Implikasi Besar Sektor Perusahaan Kecil, Sederhana

Tags: Covid19SPUR
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ketirisan Wang Beri Implikasi Besar Sektor Perusahaan Kecil, Sederhana

Next Post

Pakej Data Khas Pelajar Digi Untuk RM20 Sebulan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA