EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

India Beri Vaksin Percuma Untuk Penduduk Dewasa

by moneycompass
Jun 8, 2021
in Berita Pasaran Global
Share on FacebookShare on WhatsApp

NEW DELHI – Kerajaan India akan memberi vaksin COVID-19 secara percuma kepada seluruh penduduk dewasa di negara ini, kata Perdana Menteri, Narendra Modi, semalam.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan ketika ibu kota, New Delhi, serta hab kewangan, Mumbai, melonggarkan sekatan berikutan penurunan kadar jangkitan wabak itu.

Negara memiliki 1.3 bilion penduduk ini, dilanda lonjakan tinggi kes COVID-19 dengan mencatatkan rekod baharu angka kematian serta jangkitan pada April dan Mei lalu.

Ia menjadikan India negara kedua paling terkesan dengan pandemik itu di dunia selepas Amerika Syarikat (AS), yang menyaksikan pihak berkuasa di Delhi dan Mumbai, serta bandar dan negeri lain, terpaksa mengenakan sekatan terhadap pergerakan serta aktiviti.

Kerajaan memperluas program vaksinasi daripada penduduk berumur 45 ke atas, kepada semua orang berusia 18 tahun ke atas bermula Mei lalu, namun pihak berkuasa negeri dan hospital swasta perlu mendapatkan bekalan vaksin serta membayar untuk mereka yang berusia 45 tahun ke bawah.

“Semua penduduk berusia 18 tahun ke atas akan mendapat vaksin secara percuma,” kata Modi dalam ucapan disiarkan secara langsung menerusi televisyen, sambil memaklumkan program itu dijadualkan bermula 21 Jun depan.

Modi berkata, pelaksanaan vaksinasi akan ‘diambil semula oleh kerajaan pusat’ berikutan dakwaan negeri bahawa dosnya tidak mencukupi.

Bawah dasar baharu itu, 75 peratus daripada keseluruhan vaksin dihasilkan di India, akan dibeli kerajaan, manakala hospital swasta boleh membeli 25 peratus.

Modi berkata, bekalan juga akan dipertingkatkan tidak lama lagi, dengan vaksin lain sedang melalui ujian peringkat lanjutan di India.

Setakat ini, India sudah memberi hampir 233 juta dos vaksin, namun pakar menggesa pelaksanaan program itu dipertingkatkan secara signifikan supaya dapat memerangi COVID-19 dengan lebih berkesan.

 

— AFP

BACA SETERUSNYA: Ekonomi Jepun Diramal Menurun Pada Suku Pertama

Tags: COVID-19IndiaVaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

RM1,000 Untuk Satu Juta PKS Mikro Mulai 10 Jun

Next Post

Kilang Yang Tidak Patuhi SOP Akan Dikenakan Tindakan

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA