EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Hubungan China-ASEAN Dikukuhkan Dengan Enam Cadangan

by moneycompass
Jun 9, 2021
in Berita Pasaran Global
Share on FacebookShare on WhatsApp

BEIJING – China membentangkan enam cadangan memperkukuh lagi perkongsian strategik China-ASEAN ke tahap lebih tinggi.

“Bagi meningkatkan perkongsian strategik China-ASEAN, Beijing mengusulkan enam cadangan. Pertama dengan memperkasakan kerjasama memerangi pandemik COVID-19.

“China akan terus menyediakan vaksin COVID-19 kepada negara ASEAN semampu mungkin, selain menggiatkan kerjasama penyelidikan, pengeluaran dan program inokulasi vaksin,” katanya berucap pada Mesyuarat Khas Menteri Luar sempena 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN di Chongqing pada Isnin.

Wang Yi berkata, perkara kedua adalah usaha meningkat dan memperkasa ekonomi bagi menyokong Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN (ACRF).

“Ketiga, mengukuh komunikasi strategik antara pucuk pimpinan dan mengadakan perbincangan untuk menaiktarafkan hubungan China-ASEAN kepada perkongsian strategik komprehensif.

“Keempat, memuktamadkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) secepat mungkin. China bersedia mempergiat dialog dan rundingan dengan pihak berkepentingan bagi mengendalikan percanggahan pendapat dengan baik dan memperkukuh lagi saling mempercayai,” katanya.

Perkara kelima yang ditekankan beliau adalah China dan ASEAN perlu mempertahankan multilateralisme.

“Negara-negara serantau perlu menjunjung prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bersama-sama memelihara orde yang berasaskan undang-undang antarabangsa.

“Keenam, bersama menyemarakkan nilai Asia sambil saling mempelajari tamadun yang berbeza serta meningkatkan interaksi sosiobudaya,” katanya.

Menteri-menteri luar negara ASEAN dalam mesyuarat itu menyifatkan dialog dengan China adalah antara yang paling penting dan bernas, sehingga menjadi tonggak utama kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.

Mereka turut menyatakan komitmen melaksanakan Wawasan Perkongsian Strategik ASEAN-China 2030 dan Pelan Tindakan Perkongsian Strategik untuk Kedamaian dan Kemakmuran (2021-2025), bagi merancakkan penyelarasan strategi pembangunan dan mengukuh lagi hubungan.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA:

Tags: ASEANChina
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Selangor Kembali Menjadi Hab Perniagaan ASEAN

Next Post

Sektor Pekerjaan Semakin Pulih, Pengangguran Berkurang

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA