EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Selangor Kembali Menjadi Hab Perniagaan ASEAN

by moneycompass
Jun 9, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kebangkitan semula Selangor untuk menjadi hab perniagaan ASEAN adalah ibarat sejarah yang berulang kembali.

Negeri itu yang dianggap sebagai destinasi pilihan bagi pemain pembuatan dan perkhidmatan di dalam dan luar negara telah menjadi kuasa ekonomi di Malaysia sejak lebih sedekad IaIu, dan ini bukan berlaku secara kebetulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd Datuk Hasan Azhari Idris berkata selama bertahun-tahun ini, Selangor telah berjaya menarik pelaburan utama ke dalam negara dan negeri itu sendiri.

Justeru, katanya, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh mengesahkan lagi statusnya sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur meskipun pelbagai cabaran yang dihadapi akibat daripada pandemik COVID-19.

“Selain pencapaian dalam rangking dunia, ekonomi dan pelaburan, Selangor juga terus membangunkan ekosistem yang baik untuk menarik industri membuka operasi mereka di negeri itu,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama, baru-baru ini.

Dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.7 peratus pada 2019, Selangor merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara, yang tumbuh 4.3 peratus pada tahun itu.

Selain itu, Selangor juga memiliki kira-kira 3.6 juta tenaga kerja yang berkemahiran dan menguasai pelbagai bahasa.

“Ini merupakan satu lagi kelebihan kepada syarikat asing, terutamanya bagi mereka yang merancang menggunakan Selangor sebagai pintu masuk mereka ke pasaran ASEAN,’ katanya.

Selain itu, Hasan Azhari berkata Selangor juga menawarkan rantaian nilai yang baik dalam pelbagai industri, kesalinghubungan dalam talian dan luar talian yang berstruktur serta sokongan padu dari negeri itu untuk melengkapkan pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia.

“Lokasi strategik Selangor, yang disokong oleh dua lapangan terbang antarabangsa utama serta pelabuhan kontena ke-12 paling sibuk di dunia (Pelabuhan Klang) dan pelbagai laluan kereta api, jalan raya dan udara yang canggih yang menghubungkan ke hab ekonomi dalam negara, menjadikan negeri itu sebagai satu daripada hab perniagaan paling menarik untuk menghubungkan pelabur ke pasaran ASEAN dan global,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini Selangor menumpukan kepada lima kluster perindustrian teras yang besar iaitu elektrik dan elektronik (E&E), sains hayat, makanan dan minuman, pembuatan, peralatan pengangkutan dan mesin dan peralatan untuk mengukuhkan ekonominya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Malaysia Kekal Kedudukan Pasaran E-Dagang Utama ASEAN

Tags: ASEANSelangor
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

#DirectBantu+ Dapat Ringankan Beban B40

Next Post

Hubungan China-ASEAN Dikukuhkan Dengan Enam Cadangan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA