EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pengangguran Akan Kembali Meningkat Kerana PKP

by moneycompass
Jun 10, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada sekitar 5.0 peratus dalam tempoh terdekat meskipun ia mencatatkan pemulihan pada April 2021 apabila berkurangan kepada 4.6 peratus.

Justeru, ahli ekonomi berpendapat perkembangan itu akan sangat bergantung kepada kepantasan program vaksinasi dan pengurusan pandemik COVID-19.

Ketua Ahli Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata walaupun kadar pengangguran bertambah baik pada April lalu, namun terdapat tekanan untuk ia terus meningkat susulan sekatan dan kawalan pergerakan yang lebih ketat bagi membendung penularan COVID-19.

Beliau berkata, sektor pembuatan dibenarkan beroperasi pada 60 peratus kapasiti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sementara gangguan dan sekatan rantaian bekalan perniagaan tidak penting cenderung ke arah pertumbuhan yang lebih perlahan dan pengangguran lebih tinggi.

“Walaupun Mei dijangka memperlihatkan trend pasaran pekerjaan yang baik, cabaran adalah pada Jun, dengan pelaksanaan PKP 3.0. Ia dijangka akan memberi kesan kepada pasaran pekerjaan.

“Kadar pengangguran akan meningkat kembali kepada sekitar 5.0 peratus sebelum ia mulai berkurangan seiring pertumbuhan ekonomi.

“Lebih banyak akan bergantung kepada kepantasan vaksinasi dan pengurusan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Kenanga Research juga menjangkakan pasaran pekerjaan akan kekal dalam tekanan dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan jangkitan kes COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara bermula 12 Mei lalu dan kemudian diikuti oleh sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini.

Namun, ia berkata, impak pelaksanaan PKP 3.0 itu dijangka tidak seteruk PKP 1.0 memandangkan lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi serta sokongan berterusan oleh langkah kerajaan, yang dicerminkan oleh perangkaan terkini menunjukkan kehilangan pekerjaan (LOE) merosot kepada 3,724 pada Mei 2021 berbanding 4,963 pada April 2021 meskipun peningkatan kes jangkitan.

“Pasaran kerja akan disokong oleh kemajuan kempen vaksinasi dan pertumbuhan berterusan dalam sektor pembuatan, terutama sektor berkaitan eksport, disokong oleh permintaan dari ekonomi maju dan kitaran teknologi,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Sektor Pekerjaan Semakin Pulih, Pengangguran Berkurang

ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Promosi 1 Sen untuk Hidangan Yang Terpilih

Next Post

Harga Minyak Menurun, AS Dibanjiri Stok Bahan Api

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA