Kuala Lumpur – Airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga satu sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, pelanggan boleh menebus hidangan satu sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang, dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.
Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.
BACA SETERUSNYA: Pusat Inovasi Alibaba Cloud Akan Dilancarkan Di Malaysia
Discussion about this post