EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

5 Cara Mudah Untuk Menyimpan Wang Semasa Kuarantin

by uLearnMONEY
Jun 14, 2021
in Kompas Kewangan
Share on FacebookShare on WhatsApp

Boleh dikatakan bahawa sekatan pergerakan telah mengubah rutin harian kita dan kita perlu membiasakan diri dengan norma baru. Salah satu daripada norma tersebut ialah kita terpaksa duduk di rumah dan keluar bila perlu sahaja. Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa kita dapat menguruskan wang kita dengan baik pada waktu ini?

Mari kita lihat cara-cara mudah untuk menguruskan wang kita dan menggunakannya dengan lebih baik dan dengan cara ini, kita dapat memiliki masa depan kewangan kita lebih lestari dan terjamin.

1. Buat Peruntukan

Sekiranya kita belum pernah membuat belanjawan, inilah masa yang sesuai untuk membuatnya, lebih-lebih lagi pada masa yang tidak menentu ini. Penting bagi kita untuk sentiasa mengesan pendapatan dan merancang serta mengurus perbelanjaan kita. Terdapat banyak kaedah yang boleh kita pilih untuk memulakan peruntukan. Kita boleh sahaja menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) dan lakukannya secara manual atau menggunakan aplikasi penganggaran yang dapat membantu menguruskan perbelanjaan dan kewangan kita. Apa yang penting adalah memilih kaedah yang sesuai untuk memenuhi matlamat kewangan kita dan membantu kita mengesan perbelanjaan kita dengan berkesan setiap kali kita memerlukannya.

2. Berbelanja dalam Talian dengan Bijak

Dengan kewujudan pelbagai laman web dan aplikasi yang menawarkan harga yang sangat murah untuk keperluan dan barang yang berbeza, kita cenderung untuk membeli barang yang tidak diperlukan. Oleh itu, apa yang dapat kita lakukan ialah kita mesti menyenaraikan barang yang diperlukan sebelum mencarinya secara dalam talian. Cuba cari harga yang berpatutan yang kita boleh dapat dengan hanya beberapa klik sahaja. Beberapa kedai dan platform dalam talian juga membolehkan pelanggannya memperoleh kupon pulangan tunai untuk pembelian mereka. Kita hanya perlu merebut tawaran berpatutan ini untuk berjimat dan mengelakkan diri daripada perbelanjaan secara semberono.

3. Sentiasa Menambah Duit dalam Simpanan

Kita perlu mengenepikan sejumlah wang dalam sebulan, jika kita ingin mengurangkan tekanan kewangan semasa kuarantin. Boleh jadi RM50, RM100 atau lebih – berbeza mengikut pendapatan dan perbelanjaan sara hidup bulanan kita. Tidak kira berapa jumlah yang ingin kita simpan untuk tujuan kewangan kita, sentiasa simpan untuk setiap bulan. Ini menunjukkan bahawa kita telah melakukan usaha yang bagus untuk mencapai tujuan tersebut. Mungkin, kita boleh manjakan diti kita dan ahli keluarga setelah tamatnya sekatan pergerakan.

4. Pastikan Anda Punyai Dana Kecemasan

Dengan berterusan menyumbang untuk dana kecemasan, petua mudah ini dapat membantu kita mengurangkan beban daripada kejadian yang tidak diduga berlaku dalam hidup kita, terutamanya semasa pandemik ini, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan kita. Bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan adalah sangat penting supaya kita tidak berasa bimbang dan menyesal kerana tidak menyediakan dana kecemasan.

5. Cari Cara untuk Menjimatkan Wang di Rumah

Oleh kerana kita tidak akan pergi ke salun, kita perlu mencari cara untuk memotong rambut di rumah. Kita boleh sahaja mencari beberapa video mengenai trend potongan rambut semasa dan yang boleh mengajar kita cara menggunakan gunting dengan betuk. Selain itu, kita juga dapat merancang hidangan kita dengan lebih awal supaya kita boleh menyediakan dan membeli barang dapur dengan cekap. Sebenarnya, kita masih boleh membeli makanan, barangan runcit, penjagaan diri dan banyak lagi – kita boleh mendapatkannya dari kedai kegemaran kita melalui perkhidmatan penghantaran. Namun, kita perlu memanfaatkan aplikasi mudah ini dengan berhemah. Tolak keinginan untuk berbelanja bagi barang yang tidak diperlukan.

Cara lain untuk menjimatkan wang kita semasa sekatan pergerakan ialah kita perlu memastikan penggunaan tenaga kita rendah kerana kita akan sentiasa berada di rumah. Jangan lupa cabut plag elektronik dan matikan lampu, kipas angin atau penghawa dingin setelah menggunakannya. Tindakan ini dapat menambahkan penjimatan pada bil tenaga bulanan kita. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa mencari jalan untuk menyimpan dan menguruskan wang kita dengan lebih baik di rumah semasa tempoh sekatan pergerakan ini.

 

Pada masa yang tidak menentu ini, mengurus dan mengawal kewangan kita sememangnya dapat menenangkan fikiran dan akan memberikan ganjaran yang indah pada akhirnya. Yang paling penting, kita perlu menguruskan kewangan kita dengan teliti. Dengan menggunakan cara mudah ini, sekurang-kurangnya kita telah berusaha sehabis baik untuk menyimpan dan menguruskan kewangan kita semasa pandemic ini. Sentiasa jaga diri, berfikiran positif dan kekal kuat!

 

BACA SETERUSNYA: Kebebasan Kewangan Bermula Pada Usia 20-an

Tags: berjimatkewangan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kebebasan Kewangan Bermula Pada Usia 20-an

Next Post

KWSP Ditutup Sehingga 28 Jun Ekoran Lanjutan PKP

Related Posts

Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022
digodam
Kompas

3 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Akaun Bank Anda Digodam

07 Okt 2021
GO+
Kompas

Berita Baik! GO+ kini patuh syariah

19 Ogo 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA