EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Milenium Dapat Manfaatkan Pendigitalan, Bantu Pasaran Bersaing

by moneycompass
Jun 14, 2021
in Berita Pasaran Tempatan, Gaya Hidup
a group of young adults gathering

a group of young adults gathering

Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Lebih ramai generasi milenium yang diletakkan dalam pengurusan pertengahan akan membolehkan sektor swasta meraih kedudukan terbaik bagi mendapatkan manfaat penuh pendigitalan apabila ekonomi pulih, menurut usahawan terkemuka Datuk Seri Vijay Eswaran.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI itu berkata syarikat boleh menetapkan sasaran sumber manusia sebanyak 30 peratus untuk golongan muda dalam pengurusan tengah jika mahu mengeksploitasi kelebihan pendigitalan dan bersaing di pasaran serantau serta antarabangsa.

Ini amat perlu, khususnya selepas ekonomi pulih selepas pandemik COVID-19 berakhir lebih awal jika program vaksinasi negara dan protokol rawatan terbaharu mendapat momentum.

“E-dagang adalah trend masa hadapan dan golongan muda akan beralih kepada media sosial serta Internet, dengan ini, Malaysia berpeluang untuk menembusi pasaran 600 juta ASEAN.

“Mengapa perlu selesa dalam pasaran seramai 30 juta orang apabila kita berpeluang memanfaatkan populasi di Asia Tenggara yang didiami 600 juta penduduk, khususnya apabila kita melihat kepada masa hadapan dengan mengaktifkan generasi baharu serta Alfa,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia masih ketinggalan di belakang syarikat Singapura, Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos yang bergerak ke hadapan pada kelajuan yang luar biasa melalui penggunaan teknologi mudah alih termasuk sokongan persekitaran yang lebih longgar.

Firma-firma Malaysia mengalami kerencatan disebabkan peraturan dan undang-undang, syarat-syarat ekuiti, duti kastam termasuk percukaian, yang kebanyakannya sudah lapuk selain daripada prosedur perbankan yang menyulitkan.

“Birokrasi, sama ada membabitkan sektor kerajaan atau swasta perlu dihapuskan daripada perniagaan,” kata Vijay.

Beliau mengimbas kembali kejayaan yang sering disebut-sebut seperti Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Dubai yang telah bermula hanya dengan sedikit atau tiada sumber sama sekali tetapi berkembang menjadi hab metropolitan disebabkan persekitaran perniagaan mereka yang agak liberal.

Bagi meningkatkan daya saing Malaysia untuk menembusi ASEAN, sokongan perlu diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang merangkumi 85-90 peratus sektor pembuatan.

Katanya lagi, dan untuk pendigitalan secara massa berlaku, yang merupakan prasyarat yang perlu bagi mengubah perniagaan, kerajaan harus menghapuskan halangan agar perdagangan mampu berlaku secara lebih menyeluruh.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA:  Kehadiran Platform e-Dagang Menggalakkan Pendigitalan Perniagaan Tempatan

Tags: MileniumPendigitalan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

KWSP Ditutup Sehingga 28 Jun Ekoran Lanjutan PKP

Next Post

Kelulusan Automatik Untuk M20, T20 Yang Terjejas Pendapatan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA