EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Ahad, Mei 28, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia Sokong Perkembangan Mata Wang Kripto

by moneycompass
Jun 15, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
bitcoin
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Malaysia antara negara ASEAN paling pantas mengeluarkan peraturan atau kawal selia membabitkan mata wang kripto, sekali gus menyokong perkembangan pelaburan aset digital itu di negara ini.

Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang, berkata sokongan dari aspek kawal selia di negara ini membolehkan pelaburan dalam mata wang kripto termasuk Bitcoin memiliki potensi berkembang dengan positif dan pantas di Malaysia.

“Kami melihat potensi pelaburan dalam mata wang kripto termasuk Bitcoin di negara ini. Saya difahamkan, penasihat kewangan di Malaysia sudah mengeluarkan garis panduan atau cadangan melabur satu hingga lima peratus dalam kripto.

“Malaysia menjadi negara terawal dan pantas tampil dengan peraturan membabitkan mata wang kripto. Singapura, Thailand dan Filipina juga sudah memiliki peraturan seperti Malaysia,” katanya pada taklimat maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tang berkata, bagi memastikan potensi pelaburan dan urus niaga mata wang kripto berkembang lebih baik, pembabitan lebih besar pelabur institusi amat diperlukan sebagaimana dilaksanakan penyedia sistem kewangan dalam talian terkemuka, PayPal.

“Setakat ini, sudah 300,000 berdaftar dengan kami membabitkan nilai aset digital di bawah seliaan berjumlah melebihi RM1 bilion.

Sementara itu, Luno yang juga bursa aset digital diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkongsi lima mitos mengenai Bitcoin paling umum merangkumi aset pelaburan, kesannya terhadap alam sekitar dan penggunaannya secara umum oleh pengguna.

Sesi media maya adalah sebahagian daripada usaha Luno untuk membantu rakyat Malaysia mempelajari topik mata wang kripto selepas syarikat terbabit mencapai matlamat lapan juta pelanggan di seluruh dunia.

Ini menyusuli pengumuman sebelumnya pada April 2021 di mana Luno berjaya mencapai tujuh juta pelanggan dalam tujuh minggu.

“Sebagai bursa aset digital terkemuka dengan lapan juta pelanggan di seluruh dunia, Luno komited mendidik masyarakat mengenai mata wang kripto agar mereka mendapat pengetahuan menyeluruh untuk meneroka dunia mata wang kripto.

“Platform kami bukan hanya tempat untuk membeli dan menjual mata wang kripto dengan selamat, malah sumber yang baik untuk mempelajari mata wang kripto untuk sesiapa sahaja, daripada pemula hingga pelabur berpengalaman,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Bitcoin Cash Ditawarkan Kepada Rakyat Malaysia

Tags: KriptoLunomalaysia
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

13 Cawangan HSBC Bank Ditutup, Fokus Pada Pendigitalan

Next Post

Raya Airways, Perkhidmatan Kargo Malaysia Yang Pertama Di Nanning

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA