EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Mei 20, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Industri Perhotelan Rugi RM5 Bilion Akibat Pandemik

by moneycompass
Jun 16, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Industri perhotelan Malaysia dianggarkan kehilangan pendapatan lebih RM5 bilion tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan sekatan pergerakan bagi membendung penularan pandemik.

Anggaran itu berdasarkan kadar penghunian rendah iaitu purata 21 peratus pada Januari, 17 peratus pada Februari dan 27 peratus masing-masing pada Mac serta April lalu yang kebanyakannya adalah bagi keperluan kuarantin.

Sementara itu, kadar penghunian pada Mei hanya 18 peratus dan purata bagi bulan ini dijangka di bawah 15 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng, berkata sehingga bulan ini, lebih 91 hotel terpaksa menutup sementara operasinya, manakala dua hotel sudah ditutup sepenuhnya.

Beliau berkata, walaupun kadar pengoperasian hotel ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 masih tinggi sekitar 71 peratus, kebanyakannya hanya bergantung kepada keperluan kuarantin dan tetamu dalam sektor perkhidmatan penting.

“Dalam tinjauan MAH baru-baru ini, hampir 28 peratus hotel mengurangkan pekerja lebih daripada separuh, manakala 51 peratus melaksanakan pembuangan pekerja.

“Trend ini sangat membimbangkan, memberi isyarat lebih banyak kehilangan tenaga kerja berkemahiran, sekali gus menimbulkan persoalan lebih besar bagaimana industri akan pulih apabila tiba masanya,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Lip Seng berkata, sektor perhotelan dijangka kembali pulih pada 2022 menerusi pelaksanaan pelbagai pelan pemulihan.

Katanya, industri hotel mengunjurkan kadar purata kepenghunian pada 2022 meningkat kepada 35 peratus.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan, berkata sektor inap desa mengalami penurunan pendapatan lebih 90 peratus ketika COVID-19 melanda negara tahun lalu.

Beliau berkata, ia terus terjejas tahun ini selepas kerajaan melaksanakan PKP 3.0 dan belum ada kepastian mengenai tarikh pembukaan sempadan negara.

Katanya, perkembangan itu merisaukan kerana ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) bagi inap desa.

“Pada 2019, pendapatan inap desa yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) adalah lebih RM30 juta sebelum turun mendadak kepada kurang RM1 juta pada 2020.

Sahariman berkata, hampir 80 peratus sektor inap desa bergantung kepada pelancong asing dan penutupan sempadan berterusan menyukarkan sektor untuk segera pulih.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia (Mybha), Emmy Suraya Hussein, berkata kebanyakan operasi hotel bajet terpaksa ditutup kerana ketiadaan tetamu serta tidak layak dijadikan lokasi kuarantin COVID-19.

Beliau berkata, hotel bajet ketika ini hanya beroperasi untuk tujuan kuarantin atau penginapan tetamu sektor penting negara saja.

“Namun, banyak hotel bajet tidak menepati kelayakan dijadikan pusat kuarantin. Lantaran itu, banyak yang terpaksa menutup operasi sementara bagi penjimatan kos.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Pengangguran Akan Kembali Meningkat Kerana PKP

Tags: Hotel BajetInap DesaPerhotelan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

myIOU Bantu Peniaga Majukan Perniagaan Dalam Talian

Next Post

BSN Terus Komited Membantu Pelanggan Terjejas

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

MOSTI Rasmikan Program MYStartup Pre-Accelerator Yang Pertama

13 Mei 2022
Berita Pasaran Tempatan

MoneyMatch Mengumumkan Kemenangan Perbankan Digital dan Pelan Pengumpulan Dana

09 Mei 2022
Global Oil & Gas Automation Market to See Positive Growth with Digitalization and New Disruptive Technologies
Berita Pasaran Tempatan

Industri OGSE bersedia untuk berkembang dengan 15 inisiatif baharu tahun ini

26 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA