EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

myIOU Bantu Peniaga Majukan Perniagaan Dalam Talian

by moneycompass
Jun 16, 2021
in Berita Terkini, Gaya Hidup
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Syarikat dagangan digital dan teknologi kewangan, IOUpay, melancarkan myIOU, iaitu perkhidmatan ‘beli sekarang bayar kemudian’ (BNPL) yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran tanpa tunai di Malaysia dan Asia Tenggara yang sentiasa berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Khong Kok Loong berkata perkhidmatan itu menawarkan opsyen pembayaran fleksibel peniaga runcit dan e-dagang bagi pengguna di kedai serta secara dalam talian.

“Perluasan ke dalam segmen BNPL membolehkan kami membantu peniaga memajukan perniagaan mereka ke tahap seterusnya menerusi peningkatan pengubahan jualan dan pengurangan kadar keterbiaran senarai pembelian.

“Usaha ini juga akan memberikan kuasa beli dan pilihan gaya hidup lebih besar kepada pengguna, memperkasa mereka untuk menjadi pengguna BNPL pintar” katanya semasa pelancaran perkhidmatan itu secara maya pada Selasa.

Kadar keterbiaran senarai pembelian ini bermaksud peratusan pembeli secara dalam talian yang menambah barang ke dalam senarai pembelian maya namun membiarkannya, sebelum membuat penyelesaian bagi pembelian itu.

Khong berkata dengan myIOU, pengguna memanfaatkan anggaran perbelanjaan mereka menerusi mengasingkan pembelian kepada dua, tiga atau enam pembayaran bulanan dengan sifar faedah.

Beliau berkata pada masa ini terdapat lebih 300 peniaga dalam talian dan di kedai dalam myIOU.

Ketua Pegawai Pemasaran, Calvin Yeap berkata rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang mempunyai akses kepada kad kredit atau debit tempatan boleh mendaftar dengan perkhidmatan ini dan menerima kelulusan kredit segera sebanyak RM1,000 untuk pembelian daripada peniaga yang diluluskan IOUpay.

Sempena pelancaran tersebut, IOUpay juga memperkenalkan myIOU Credit Plus dan myIOU Merchant Plus.

Yeap berkata myIOU Credit Plus membolehkan pengguna myIOU sedia ada mendaftar untuk meningkatkan had kredit sehingga RM10,000.

MyIOU Merchant Plus pula menawarkan kemampuan menyediakan had kredit tambahan sehingga RM10,000 kepada peniaga myIOU untuk pengguna myIOU Credit Plus yang layak bagi pembelian sekali, katanya.

Beliau berkata seiring dengan komitmen pihaknya untuk memberikan pengalaman pembayaran digital yang lancar melalui myIOU, IOUpay telah menjalinkan perkongsian strategik dengan peserta industri terkemuka termasuk EasyStore Malaysia, GoBiz, MYP1 dan Razer Merchant Services.

Melalui perkongsian strategik itu, IOUpay telah membangun asas pasaran yang berpotensi dengan lebih 75,000 peniaga akan boleh diaktifkan dengan myIOU, katanya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Milenium Dapat Manfaatkan Pendigitalan, Bantu Pasaran Bersaing

Tags: e-DagangIOUPaymyIOU
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

AXA AFFIN Tawar Bantuan, Galakkan Pengambilan Vaksin

Next Post

Industri Perhotelan Rugi RM5 Bilion Akibat Pandemik

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
insurans perjalanan
Gaya Hidup

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

07 Sep 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA