SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) – RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) meneruskan sesi latihan dan bimbingan secara percuma setiap malam sepanjang tempoh lanjutan ‘total lockdown’ yang bermula 15 hingga 28 Jun ini.
Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd., inisiatif tersebut diteruskan selepas Pengasas, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsikan ilmu dan kunci penting selama 12 hari bagi menyediakan usahawan dalam tempoh mencabar ini.
Katanya, lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan menggariskan 4 fasa bagi pembukaan sepenuhnya yang akan mengambil masa hingga akhir tahun ini sebenarnya memberi kesan kepada semua tahap usahawan.
BACA SETERUSNYA: BSN Terus Komited Membantu Pelanggan Terjejas
Discussion about this post