EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Januari 30, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

e-Payroll Kurangkan Kos Operasi, Fokus Pada Perniagaan

by moneycompass
Jun 18, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Penggunaan inisiatif e-Payroll akan dapat mengurangkan kos operasi dan mengoptimumkan sumber manusia sedia ada bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta para usahawan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata sistem penggajian digital yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan membolehkan fokus PKS dan usahawan dikhususkan kepada urusan perniagaan seperti pemasaran dan sebagainya.

Rakyat dan perniagaan termasuk PKS terkesan akibat pandemik COVID-19 sekali gus memaksa hampir semua jenis industri dan perniagaan menyesuaikan perniagaan mereka dengan sistem dalam talian dan proses operasi perniagaan secara digital, katanya.

“e-Payroll memainkan peranan yang penting untuk membantu para majikan menguruskan rekod penggajian secara digital sekali gus memudahkan proses pengurusan caruman.

“Inisiatif e-PayroII ini merupakan antara medium yang menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif di negara ini,’ katanya ketika berucap bagi melancarkan insiatif itu secara maya pada Jumaat.

Tengku Zafrul berkata kemudahan e-PayroII KWSP terutama bagi usahawan PKS adalah sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menyokong keseluruhan rancangan infrastruktur digital nasional, dengan RM21 bilion telah diperuntukkan selama lima tahun untuk meningkatkan sambungan Internet, memacu digitalisasi dan mengoptimumkan penggunaan Internet.

Sementara itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata e-PayroII merupakan penambahbaikan kepada kemudahan dalam talian KWSP sedia ada iaitu i-Akaun (Majikan).

Beliau berkata KWSP sedar bahawa peranan digitalisasi semakin penting dalam kehidupan semua dan situasi pandemik COVID-19 telah mendorong pihaknya untuk menyesuaikan teknologi digital dengan lebih pantas.

“Kemudahan ini (e-PayroII) berupaya mengautomasikan dan menggabungkan pelbagai fungsi penggajian, pampasan, caruman, dan potongan ke dalam satu aplikasi mudah.

“Tambahan lagi pekerja-pekerja syarikat juga boleh mendapatkan slip gaji dan caruman yang diterima dengan tepat dan betuI…majikan boleh menaruh keyakinan bahawa melalui e-PayroII, fungsi penggajian dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul di samping menjimatkan masa dan kos syarikat katanya semasa berucap.

Ahmad Badri menyarankan supaya majikan-majikan mengambil manfaat dan menyambut baik kemudahan e-Payroll yang tidak melibatkan sebarang yuran langganan dan akses adalah dibuka kepada pengguna i-Akaun (Majikan).

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: KWSP Ditutup Sehingga 28 Jun Ekoran Lanjutan PKP

Tags: e-PayrollKWSPPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pelaksanaan GST Yang Adil, Menyeluruh Beri Manfaat Kepada Rakyat

Next Post

Kerajaan Beri Bantuan Tambahan Untuk Rakyat, Perniagaan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA