EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, Mei 21, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Penggunaan Campuran 2 Vaksin Disokong Oleh Pakar

by moneycompass
Jun 18, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Pakar kesihatan menyokong langkah kerajaan mengkaji kemungkinan penggunaan vaksin berbeza untuk dos pertama dan kedua bagi meningkatkan daya ketahanan terhadap varian Covid-19 berdasarkan hasil kajian di luar negara.

Menerusi bual bicara dalam talian anjuran Oxford and Cambridge Society Malaysia, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan vaksin AstraZeneca untuk dos pertama dan Pfizer bagi dos kedua.

Beliau berkata, kertas kajian mengenai kaedah itu telah diserahkan kepada jawatankuasa vaksinasi kebangsaan.

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pendekatan ini boleh digunakan kelak, tetapi tidak perlu terburu-buru melaksanakannya.

“Perlu ada bukti lebih meyakinkan sebelum dijadikan dasar. Penggunaan vaksinasi mesti berdasarkan sains.

“Ketika ini, ada bukti awal menunjukkan penggunaan vaksin berbeza untuk suntikan pertama dan kedua,” katanya merujuk kajian dilakukan di Jerman dan Sepanyol, yang menunjukkan ia mampu membina daya ketahanan lebih baik.

Namun, percubaan Com-Cov Kumpulan Vaksin Oxford menganalisis pelbagai kombinasi vaksin untuk menguji tindak balas imun mendapati penerima cenderung mengalami kesan sampingan lebih kerap.

Ahli imunologi, Sibrandes Poppema, yang merupakan presiden Universiti Sunway, berkata “ia masuk akal bagi menggunakan vaksin berbeza sebagai penggalak”.

“Ini kerana dua vaksin akan mempunyai antigen tertentu (protein Covid-19) yang sama, sementara penentu antigen lain daripada adenovirus AstraZeneca tidak akan muncul lagi (dengan suntikan kedua Pfizer). Oleh itu, tindak balas imun terhadap antigen Covid mungkin lebih kuat.”

Walaupun amalan ini tidak digunakan secara meluas dalam vaksin manusia di pasaran, katanya, ia adalah amalan biasa dalam ujian klinikal ke atas tikus dan menunjukkan kejayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib, bersetuju campuran vaksin boleh dipertimbangkan sebagai taktik berguna, berdasarkan hasil percubaan dan fleksibiliti yang boleh digunakan pihak berkuasa kesihatan jika timbul masalah bekalan pada masa akan datang.

“Ini pasti akan menjadi penyelesaian berasaskan sains yang baik untuk mengatasi masalah bekalan yang kita hadapi sekarang,” katanya sambil menambah ia akan memberi pilihan kepada kerajaan, sekiranya vaksin Pfizer dan AstraZeneca sukar diperolehi ketika program vaksinasi dilaksanakan.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: AXA AFFIN Tawar Bantuan, Galakkan Pengambilan Vaksin

Tags: COVID-19Vaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kerajaan Beri Bantuan Tambahan Untuk Rakyat, Perniagaan

Next Post

Kerjasama Dua Hala Malaysia-Mesir Akan Ditingkatkan

Related Posts

Berita Terkini

RM23 bilion dibayar oleh Kementerian Kewangan dalam bentuk subsidi, geran dan pinjaman

25 Apr 2022
Berita Terkini

Pelan hala tuju NSC untuk terus sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0

11 Apr 2022
Berita Terkini

Pusat Setempat menamatkan perkhidmatan apabila sempadan dibuka semula untuk Malaysia

01 Apr 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA