EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Saham Negara Merosot Sejak Darurat, Pelabur Kurang Yakin

by moneycompass
Jun 18, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
pembeli bersih
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Kemerosotan dialami pasaran saham Malaysia sejak darurat diumumkan pada Jan lalu mencerminkan kelemahan ekonomi dan kurangnya keyakinan pelabur terhadap negara ini, menurut ahli ekonomi.

Sejak 12 Jan, Bursa Malaysia jatuh 2.1% berbanding peningkatan dua digit yang dilihat pada indeks pasaran saham Singapura dan Thailand serta kenaikan 7% yang dialami indeks Asia Dow.

Profesor ekonomi di Sunway University Yeah Kim Leng berkata, pasaran saham boleh menjadi ukuran tahap ekonomi secara terperinci seperti bagaimana pelabur menjangkakan prestasi korporat dan pertumbuhan ekonomi.

“Ada perkara lain yang dapat anda perhatikan seperti jumlah pengeluaran, eksport dan pekerjaan untuk mendapatkan pemahaman penuh tentang bagaimana ekonomi sedang berjalan tetapi indeks pasaran saham mencerminkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur.

“Angka tersebut menunjukkan pelabur tidak mengharapkan pemulihan yang cepat di Malaysia. Ini menunjukkan sentimen itu melainkan jika kita berjaya mengatasi pandemik, kita tidak mungkin melihat pemulihan yang cukup kuat untuk membenarkan penilaian yang lebih tinggi,” katanya kepada FMT.

Yeah berkata, kurangnya penambahbaikan dalam pasaran saham menunjukkan bahawa pelabur di dalam dan luar negara tidak meramalkan syarikat mencatatkan keuntungan semula yang akan membenarkan pelaburan sama ada melalui dividen yang dibayar atau peningkatan modal.

Paolo Casadio dari Universiti HELP bersetuju prestasi Bursa menunjukkan pelabur masih waspada terhadap prospek ekonomi negara tetapi beliau berkata, ia tidak sepenuhnya negatif kerana nilai BSKL ketika ini serupa dengan yang dilihat sebelum wabak bermula pada akhir 2019.

“Ini menunjukkan masih ada beberapa sokongan di pasaran dan pelabur menunggu alasan untuk mengharapkan potensi kenaikan.

“Pasaran tempatan juga akan terkesan dengan keadaan ini bersama pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, pengurangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun ini dan kadar pengangguran yang kekal pada atas paras 4.5% memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan ekonomi yang buruk.

Tambah beliau, penutupan 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama menggambarkan keadaan sebenar di lapangan.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Bursa Malaysia Menurun Ekoran Sekatan Pergerakan

Tags: Bursa MalaysiapelaburanSaham
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kerjasama Dua Hala Malaysia-Mesir Akan Ditingkatkan

Next Post

Kedudukan Malaysia, Singapura Sebagai Hab Kewangan Hijau Dikukuhkan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA