KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura telah bertindak memperkukuh kedudukan jangka panjang sebagai hab kewangan hijau serta mampan, sekali gus mendorong penerbitan bon-bon lestari ASEAN secara lebih ketara.
Inisiatif Bon Iklim yang disokong oleh HSBC, telah melancarkan laporan ’ASEAN Sustainable Finance State of the Market 2020’ yang menunjukkan bahawa pasaran kewangan mampan rantau ini berupaya mengekalkan pertumbuhan memberangsangkan walaupun dalam persekitaran impak negatif COVID-19.
Keadaan sedemikian turut menarik perhatian terhadap keperluan pemulihan ekonomi secara mampan.
Laporan itu juga mengetengahkan bahawa pasaran bon dan sukuk mampan Malaysia pada masa ini adalah US$2.6 bilion (AS$1 =RM4.11).
Sejumlah 15 bon, sukuk dan urus niaga pinjaman hijau turut diterbitkan oleh entiti-entiti Malaysia dengan masing-masing sebanyak enam pada 2019 dan tiga pada tahun lepas.
Salah satu urus niaga hijau yang ditawarkan pada 2020 adalah Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Hijau ASEAN pertama bernilai RM260 juta (AS$61 juta) terbitan Leader Energy dengan HSBC Amanah Malaysia sebagai pengatur utamanya.
“Hasil daripada langkah tersebut dimanfaatkan bagi tujuan pembiayaan dua projek solar fotovoltan di Kedah yang turut menandakan terbitan pembiayaan projek pertama Leader Energy dalam pasaran bon denominasi ringgit,” kata laporan itu.
Dokumen sanna turut memaparkan perkembangan utama dasar yang dijangkakan dapat memacu pasaran kewangan mampan ASEAN seperti Jawatankuasa Bersama Malaysia Mengenai Perubahan lklim yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Antara usahanya adalah mengenal pasti kemajuan dokumen panduan pengurusan risiko iklim dan analisis senario yang turut dijadikan salah satu keutamaan pada 2021, kata laporan itu.
Dalam pada itu, terbitan Hijau, Sosial dan Mampan (GSS) ASEAN mencecah paras tertinggi sebanyak AS$12.1 bilion pada 2020 berbanding AS$11.5 bilion yang diterbitkan pada 2019.
Terbitan GSS terkumpul di ASEAN kini mencecah AS$29.1 bilion sejak 2016.
“Singapura kekal sebagai peneraju terbitan GSS pada 2020 dengan merangkumi 53 peratus daripada terbitan di peringkat rantau ini,” kata laporan itu.
Menyentuh prospek sektor terbabit, laporan tersebut menjangkakan kewangan mampan akan terus memacu pemulihan negara selain sokongan pelan rangsangan.
“Ini termasuk rancangan terbitan bon-bon negara hijau sebagaimana diumumkan oleh Singapura dan Vietnam sebelum ini.
“Malaysia pula menjangkakan peranannya di masa depan sebagai pusat antarabangsa bagi kewangan Islam mampan dan sukuk hijau,” katanya.
Selaîn itu, pasaran ASEAN secara kolektif sedang dalam usaha pembangunan sistem untuk meningkatkan pemahaman peserta pasaran selain mempergiat usaha menambahbaik defınisi pelaburan mampan.
Pembangunan mekanisme lain seperti tiga bon berkaitan mampan dan pinjaman atau bon peralihan, juga dilihat sebagai diperlukan untuk memenuhi keperluan pembiayaan lebih besar membabitkan usaha peralihan je arah pengurangan karbon ASEAN.
— BERNAMA
BACA SETERUSNYA: Kerjasama Dua Hala Malaysia-Mesir Akan Ditingkatkan
Discussion about this post