EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Syarikat Swasta Perdaya 30 Individu Dengan Skim Pelaburan

by moneycompass
Jun 21, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

BAYAN LEPAS – Kira-kira 30 individu ‘berputih mata’ selepas terpedaya dengan janji manis skim pelaburan berkonsepkan pinjaman patuh syariah oleh sebuah syarikat swasta di sini.

Mangsa menyedari ditipu oleh pengurusan syarikat itu selepas pengasasnya gagal dihubungi dan dipercayai menghilangkan diri sejak setahun lalu.

Difahamkan, syarikat yang ditubuhkan pada 2017 bertujuan membantu individu yang mengadapi masalah kewangan, menjana semula pendapatan.

Konsep digunakan ialah dengan mengutip wang pinjaman orang ramai dan menjanjikan keuntungan bermula antara 10 peratus setiap bulan dalam bentuk hibah dan patuh syariah.

Mangsa, Razak Othman, 52, berkata dia menyertai skim berkenaan sejak tiga tahun lalu dengan melaburkan keseluruhan wang simpanan dan pinjaman sebanyak RM100,000.

Katanya, kebanyakan mangsa terpedaya selepas yakin melihat rakan mereka yang lain mendapat keuntungan menerusi pelaburan itu.

Malah, pengasas syarikat berkenaan mendakwa terbabit dengan pelbagai program amal dan membuat perjumpaan di hotel terkemuka menyebabkan mangsa yakin dengan skim berkenaan.

“Pada tahun pertama dan kedua, saya menerima pulangan keuntungan pelaburan itu antara RM1,000 hingga RM2,500 setiap bulan.

“Sehinggalah pada Mac tahun lalu, pengasas syarikat itu memaklumkan bahawa bayaran tidak dapat dijelaskan kerana beberapa kekangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini sudah setahun berlalu menyebabkan kami berasa tertipu,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini, semalam.

Razak berkata, wang pelaburan membabitkan kesemua mangsa dianggarkan berjumlah RM500 juta.

Mangsa turut melakukan carian dan semakan mengenai syarikat itu dan mendapati akaun berbilion ringgit yang didakwa milik pengasasnya adalah palsu.

Sementara itu, pesara syarikat swasta yang mahu dikenali sebagai Mahani, 53, berkata dia menyertai skim berkenaan pada 2019 selepas dua kali menghadiri perjumpaan di sebuah hotel di sini, yang ketika itu disertai seramai 3,000 ahli.

Dia melaburkan sebanyak RM19,200 wang simpanan pencen ilat dan mendapat pulangan keuntungan antara RM800 hingga RM2,300 sebulan selama setahun.

“Saya pernah menghubungi pengasasnya beberapa bulan lalu tetapi talian dimatikan.

“Ada mangsa yang melabur lebih RM2 juta kerana terpedaya dengan skim ini, malah abang saya juga hampir menjual bas miliknya bagi menyertai pelaburan itu,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi mangsa, mahu dikenali sebagai Muhammad, 43, dari Bayan Baru, berkata pengasasnya memberi alasan bahawa wang syarikat itu diseleweng oleh kakitangan pengurusannya.

“Jika benar, mengapa dia tidak buat laporan polis malah difahamkan dia masih aktif dan berselindung di sebalik kerja amal di sekitar negeri ini.

“Laporan polis juga sudah dibuat beberapa kali sebelum ini supaya siasatan dapat dijalankan dan berharap mangsa yang lain tampil bagi membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Kenali “Scam Call” Dan Cara Untuk Menanganinya

Tags: pelaburanpenipuanScam
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Bursa Malaysia Dibuka Terlalu Rendah, Redakan Inflasi

Next Post

Kelulusan Automatik Untuk Peniaga, Golongan M40, T20

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA