EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Industri Hartanah Terjejas Akibat Sekatan Pergerakan

by moneycompass
Jun 22, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Sekatan pergerakan penuh yang sedang dilaksanakan dijangka memberi kesan negatif kepada penjualan dan pemilikan hartanah pada suku kedua 2021, demikian menurut Maybank IB Research.

Bagaimanapun, ia berkata bagi keseluruhan 2021, industri hartanah kekal bergerak ke arah pemulihan berdasarkan kepada kadar faedah yang rendah selain peningkatan semula permintaan dan penjualan.

Cabang penyelidikan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) itu berkata, walaupun kerja pembinaan dibenarkan untuk terus beroperasi, industri hartanah tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran lain seperti prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Malah, katanya, industri turut berdepan dengan kekurangan bahan mentah disebabkan sekatan pergerakan dan larangan operasi pengeluaran, sekali gus menyebabkan lonjakan harga.

“Ia menyebabkan kerja pembinaan lebih perlahan. Dari segi penjualan pula, terdapat perjanjian jual beli (SPA) yang ditangguhkan sehingga sekatan pergerakan penuh ini tamat.

“Justeru, kami menjangkakan penurunan pendapatan untuk penjualan suku kedua 2021,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Maybank IB Research berkata, berdasarkan Laporan Suku Pertama 2021 oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), industri hartanah masih menunjukkan isyarat positif.

Katanya, penjualan hartanah kediaman pulih 26 peratus tahun ke tahun, tetapi susut enam peratus suku ke suku disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 21 Januari lalu.

Sementara itu, unit kediaman yang tidak terjual juga turut susut 10 peratus (suku ke suku) dan 17 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2021.

“Penurunan unit tidak terjual ini hasil daripada rebat dan potongan harga diberikan oleh pemaju hartanah.

“Berdasarkan penyelidikan kami dengan pemaju hartanah, penjualan yang dicapai di bawah kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 lebih baik berbanding HOC 2019,” katanya.

Maybank IB Research menetapkan saranan ‘neutral’ ke atas industri hartanah kerana ketidaktentuan politik selepas proklamasi darurat yang dijadual tamat pada 1 Ogos 2021 membayangi asas sektor.

Katanya, harga saham industri hartanah sebahagian besarnya kelihatan positif dan berpotensi melangkau harga sasaran.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Jualan Hartanah Naik Meskipun Penularan COVID-19

Tags: HartanahMaybank IBPKP
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Saham Axiata, Digi Naik Setelah Penggabungan

Next Post

Kadar Kemiskinan Meningkat Akibat Penularan Covid-19

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA