EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Sabtu, September 23, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Tiada Perancangan, Industri Pelancongan Akan Rugi RM100 Bilion

by moneycompass
Jun 22, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Industri pelancongan dijangka berdepan kerugian setinggi RM100 bilion tahun ini jika tiada sebarang rancangan dan pelan tindakan pantas dilaksanakan.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Uzaidi Udanis, berkata industri itu sekali lagi bakal berdepan dengan kerugian seperti yang direkodkan pada 2020.

Katanya, perancangan teliti dan pelan tindakan ‘luar biasa’ perlu dilaksanakan segera bagi memastikan industri pelancongan dapat pulih dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Strategi yang tepat perlu ada. Thailand sudah ada perancangan ‘sandbox’ pelancongan manakala Indonesia pula akan buka sempadan bulan hadapan. MTC dan peserta industri lain bersedia bersama-sama kerajaan memantapkan ekonomi industri pelancongan,” katanya kepada BH.

Uzaidi berkata, kerajaan juga perlu mempercepat serta memperluaskan pemberian vaksin COVID-19 bagi memastikan kadar imunisasi negara dapat dicapai dengan pantas.

Beliau berkata, industri pelancongan pada 2019 menyediakan pekerjaan kepada hampir empat juta orang dan jumlah itu dijangka terus merosot tahun ini seiring dengan kemelut kewangan yang dihadapi peserta industri.

Katanya, industri pelancongan adalah kategori perkhidmatan dan untuk beroperasi ia memerlukan pekerja.

“Jika pekerja tiada, ia akan memberikan kesan kepada operasi syarikat apabila pelancongan kembali dibuka semula,” katanya sambil menegaskan supaya kerajaan perlu terus memberikan bantuan seperti Program Subsidi Upah dan moratorium sehingga akhir tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak 71 syarikat agensi pelancongan menutup operasi tahun lalu, manakala 95 peratus syarikat yang masih ada ketika ini tiada pendapatan.

“Mereka juga berpotensi menutup operasi, sekali gus memberi kesan kepada kehilangan pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA), Shahrul Nizar Ahmad, berkata taman tema adalah yang paling terkesan kerana ia sektor pertama ditutup dan terakhir dibuka dalam semua fasa PKP.

Beliau berkata, berdasarkan statistik MATFA, 18 syarikat berkaitan taman tema sudah ‘gulung tikar’ sehingga kini.

Jumlah itu, katanya dijangka bertambah kepada 30 syarikat dalam tempoh terdekat, seandainya bantuan kewangan yang lebih agresif tidak diberikan terutama kepada mereka yang tidak lagi mempunyai tahap aliran tunai mencukupi.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: PEMERKASA Bantu Aliran Tunai Sektor Pelancongan

Tags: PelanconganPKP
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Kadar Kemiskinan Meningkat Akibat Penularan Covid-19

Next Post

Penggabungan Celcom, Digi Tingkatkan Rangkaian, Kapasiti

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA