EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Bank Harus Ambil Risiko, Beri Lebih Banyak Pinjaman Untuk PKS

by moneycompass
Jun 23, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Bank-bank seharusnya lebih bersikap terbuka untuk mengambil risiko dan memberi lebih banyak pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mereka menghadapi kesan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19, kata seorang penganalisis.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata langkah ini bagi menghalang isi rumah golongan berpendapatan pertengahan (M40) daripada tergelincir di bawah kategori 40 peratus (B40) kerana COVID-19 telah menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia.

“Pinjaman darİ bank akan membolehkan (kumpulan M40) menjalankan perniagaan dan bukannya (membiarkan mereka) tergelincir ke tahap B40. Bank sebenarnya memperoleh banyak keuntungan.

“Pada masa yang sama, mereka mungkin juga boleh menangguhkan pembayaran semula pinjaman moratorium lebih lama sedikit kepada setengah tahun lagi atau lebih pada masa-masa yang sukar ini,” katanya dalam program Midday Update Bernama TV hari ini.

Menurut Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis COVID-19 yang memberikan tamparan hebat terhadap tahap pendapatan rakyat Malaysia.

Oh berharap kerajaan dapat mengurangkan atau menghapuskan peraturan yang tidak perlu yang menyukarkan rakyat untuk menjalankan perniagaan dan mengekalkan mata pencarian mereka, selain menyedari bahawa birokrasi menghalang rakyat untuk berniaga dan menjadi usahawan.

“Kita kini dalam situasi yang sangat sukar jadi terpulang kepada kita semua, bukan sahaja kerajaan, untuk melaksanakan pelbagai program dan menjadi lebih kreatif dalam memanfaatkan dan mempelajari kemahiran baharu,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, rakyat Sabah telah menonjolkan ciri-ciri keusahawanan (seperti) menubuhkan ‘perusahaan sosial’ iaitu perniagaan dan masyarakat tempatan bekerjasama untuk menjana pendapatan.

“Mereka menggunakan bahan tempatan, seperti buluh, bahkan bungkus plastik mi segera Maggi untuk mengubahnya menjadi beg serbaguna dan barangan Iain, yang kemudiannya boleh dijual,” katanya lagi.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Kadar Kemiskinan Meningkat Akibat Penularan Covid-19

Tags: B40BankM40
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Gabenor: Cari Penyelesaian Baru, Inovatif Untuk Biayai Projek

Next Post

AXA Jual Operasi Insurans Kepada Generali

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA