KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia meneruskan usaha penajaan makanan sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan kepada petugas barisan hadapan penjagaan kesihatan.
Menurut satu kenyataan hari ini, McDonalds’s Malaysia memaklumkan ia telah menaja makanan kepada 70 hospital yang merawat pesakit COVID-19 setakat ini.
“Sudah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia. Semasa tempoh sukar ini, kerja seharian petugas barisan hadapan di negara ini membantu kita untuk kekal selamat dan kami ingin mengiktiraf kekuatan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan mereka.
“Justeru, kami komited untuk meneruskan sokongan menerusi inisiatif ini untuk tempoh yang lebih panjang, sehingga kami dapat menjangkau seramai mungkin petugas barisan hadapan,” kata Pengarah Urusan merangkap Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.
BACA SETERUSNYA: AXA Jual Operasi Insurans Kepada Generali
Discussion about this post