EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Rugi Lebih RM700,000 Kerana Pelaburan Palsu

by moneycompass
Jun 24, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

SEREMBAN – Seorang kerani pemasaran di sebuah syarikat swasta berputih mata selepas kerugian RM713,450 akibat diperdaya pelaburan mata wang asing palsu melalui satu aplikasi dalam kejadian di Kampung Paya, Port Dickson, 19 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 39 tahun itu dipercayai mengetahui mengenai pelaburan saham mata wang asing tersebut selepas diperkenalkan oleh kenalan lamanya sejak 2017.

Bagaimanapun beliau berkata, mangsa baharu sahaja menyertai pelaburan berkenaan pada tahun lepas.

“Mangsa telah memuat naik satu aplikasi untuk tujuan pelaburan ini dan semua urusan adalah melalui aplikasi dan laman sesawang tersebut.

“Mangsa dipercayai mula membuat pelaburan ini dalam nilai USD sejak Januari tahun lalu dan telah pun mendapat keuntungan beberapa kali,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun bermula April lepas, mangsa menyedari tiada sebarang keuntungan diperolehi dan kemudiannya membuat laporan polis kerana rasa diperdaya, katanya.

Katanya, dalam tempoh April hingga Jun tahun ini, wanita berkenaan membuat 45 kali transaksi ke dalam 21 akaun individu dan satu akaun sebuah syarikat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi dalam laman sosial atau aplikasi selain menyemak sama ada pelaburan itu diiktiraf atau tidak menerusi Bank Negara Malaysia.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Hati-Hati Dengan Penipuan E-mel Dari Berjaya Investment

Tags: pelaburanpenipuanScam
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Dana Bantuan Sewa Diperlukan, Selamatkan 59 Ribu Peniaga

Next Post

McDonald’s Taja Makanan, Bantu Barisan Hadapan

Related Posts

Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA