EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Lanjutan Fasa Pertama Jejas Dagangan Di Bursa Malaysia

by moneycompass
Jun 28, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
bursa saham
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga pagi ini dalam zon negatif dengan sentimen terjejas oleh lanjutan fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin hingga pertengahan Julai ini.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.88 mata kepada 1,551.80 daripada 1,559.68 ketika penutupan Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 2.22 mata lebih rendah pada 1,557.46.

Pergerakan harga di pasaran lebih meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 328 berbalas 99 sementara 241 kaunter tidak berubah, 1,569 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 302.25 juta unit bernilai RM126.49 juta.

Menurut Malacca Securities, bursa tempatan mungkin akan menyaksikan satu lagi pusingan berikutan lanjutan pelaksanaan kawalan pergerakan seluruh negara kerana kes COVID-19 masih berada melebihi angka 4,000.

Sementara itu, pelabur akan terus memantau sebarang pengumuman skim bantuan oleh kerajaan dan mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dijadualkan pada 1 Julai 2021.

“Dengan pelanjutan kawalan pergerakan ini, pedagang mungkin memberi fokus pada sektor yang akan mendapat manfaat daripada keadaan semasa seperti pembungkusan serta pengangkutan dan logistik.

“Sementara itu, menjejaki semula pergerakan Nasdaq minggu lepas, minat membeli dapat dilihat pada saham teknologi terpilih di pasaran tempatan. Saham tenaga berpotensi menarik minat dagangan di celah-celah pengukuhan harga minyak Brent melepasi USS$75 (satu tong),” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, PetChem turun 10 sen kepada RM7.90, Public Bank susut tiga sen pada RM4.16, CIMB merosot enam sen kepada RM4.63 dan MR DIY lebih rendah tujuh sen kepada RM3.63.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik turun 5.5 sen kepada 35.5 sen, AirAsia tidak berubah pada lapan sen dan Boustead kerupian 3.5 sen kepada 72.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Em as lemah 54.49 mata pada 11,279.91, Indeks FBMT 100 turun 53.87 mata kepada 10,991.23, dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 55.35 mata kepada 12,330.41.

FBM ACE merosot 43.37 mata kepada 7,178.43 dan FBM 70 susut 63.70 mata kepada 14,555.83.

Mengikut sektor, lndeks Perkhidmatan Kewangan turun 57.72 mata kepada 15,221.99, sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 1.38 mata lebih rendah pada 186.60 dan Indeks Perladangan turun 23.62 mata kepada 6,498.78.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Bursa Malaysia Rendah Ekoran Kejatuhan Jualan Top Glove

Tags: Bursa MalaysiapelaburanSaham
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pemandu Bas Hampir Hilang Pendapatan, Tiada Bantuan

Next Post

Pakej Bantuan PEMULIH Bernilai RM150 Bilion Untuk Rakyat

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA