KUALA LUMPUR – Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), pengendali takaful nombor satu di Malaysia telah melancarkan PruBSN Anggun, satu pelan perlindungan yang dirangka khusus untuk para wanita.
Pelancaran pelan PruBSN Anggun ini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-15 PruBSN di mana pelan ini disasarkan khusus untuk memenuhi keperluan para wanita pada peringkat hidup yang berbeza. Pelan ini tampil dengan ciri pertama di pasaran melalui manfaat tambahan atau rider Mom Care yang menawarkan perlindungan rawatan kesuburan.
PruBSN Anggun adalah pelan perlindungan menyeluruh, yang menawarkan pelbagai manfaat menarik termasuk perlindungan terhadap penyakit khusus wanita, penjagaan kesihatan mental yang komprehensif, kesihatan dan kesejahteraan wanita, serta ganjaran tunai untuk meraikan pencapaian dan kejayaan dalam kehidupan mereka.
Berucap di majlis pelancaran tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata bahawa adalah amat jelas wanita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara dari aspek ekonomi dan sosial. Namun, wanita sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran pada setiap peringkat kehidupan mereka dalam memastikan kesejahteraan keluarga serta kesihatan diri mereka sentiasa terjaga.
BACA SETERUSNYA: Pakej Bantuan PEMULIH Bernilai RM150 Bilion Untuk Rakyat
Discussion about this post