KUALA LUMPUR – Fave, syarikat teknologi kewangan (fintech) Asia Tenggara, melancarkan perkhidmatan ‘Beli Dulu, Bayar Kemudian’ (BNPL)’ di pasaran Malaysia dan juga Singapura.
Fave dalam satu kenyataan berkata, BNPL akan memberikan akses kredit tanpa faedah segera kepada lebih daripada enam juta pengguna dan dapat digunakan di lebih daripada 40,000 kedai.
Katanya, perkhidmatan terbaharu itu kini tersedia melalui aplikasi Fave untuk pengguna iOS, manakala bagi pengguna Android, ia hanya akan tersedia pada Julai ini.
“Pengguna Fave yang layak boleh memilih pembayaran ansuran tanpa faedah sebanyak tiga kali bagi setiap pembelian mereka.
“Bayaran balik akan dibuat secara automatik setiap bulan, tanpa dikenakan bayaran untuk pembayaran tepat waktu,” katanya.
–BERNAMA
BACA SETERUSNYA: myIOU Bantu Peniaga Majukan Perniagaan Dalam Talian
Discussion about this post