EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Jaringan Prihatin Diteruskan Sehingga 31 Ogos

by moneycompass
Julai 2, 2021
in Berita Terkini, Gaya Hidup
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan bahawa Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021.

Semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui 12 syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Program bernilai RM3.5 bilion itu adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambah baik di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei, 2021.

MOF dalam satu kenyataan berkata setakat 22 Jun 2021, jumlah pendaftaran bagi program itu telah mencecah 2.8 juta dan lebih daripada 500,000 penerima telah menerima peranti mudah alih baharu. Secara keseluruhan hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program tersebut.

“Ini adalah untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah,” katanya.

Selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 dan juga tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), tarikh akhir pendaftaran dan penebusan untuk Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan selama sebulan, sehingga 31 Ogos 2021, kata MOF.

“Tempoh pelaksanaan program turut dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2022. Lanjutan ini akan membolehkan pemohon BPR baharu untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin,” katanya.

Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian, tambah kementerian itu.

Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

Program ini diperkenalkan berdasarkan konsep keterangkuman dan langkah untuk memperkasakan rakyat Malaysia ke arah ekonomi digital, untuk memastikan tiada golongan yang akan tercicir.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Pakej Bantuan PEMULIH Bernilai RM150 Bilion Untuk Rakyat

Tags: B40BantuanInternetJaringan PrihatinPKP
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

CW Berita Kewangan: Kibarkan Bendera Putih untuk Bantuan

Next Post

Pemenang Peraduan Video Literasi Kewangan uLearnMONEY Akan Diumumkan Pada Hujung Minggu Ini

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
insurans perjalanan
Gaya Hidup

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

07 Sep 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA