KUALA LUMPUR, 2 Julai 2021 – Memupuk tabiat kewangan yang baik dalam generasi muda lebih penting daripada memberi mereka wang yang banyak. Walaupun ramai yang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan terjamin dari segi kewangan dengan orang yang tersayang, ramai rakyat Malaysia yang masih berusaha untuk mengatasi cabaran kewangan dalam kehidupan dan kekurangan ilmu literasi kewangan adalah punca utama kepada masalah kewangan.
Untuk memupuk kesedaran mengenai literasi kewangan di kalangan warganegara masa depan dan yang akan menjadi tulang belakang Malaysia, iaitu generasi muda, Peraduan Video Literasi Kewangan uLearnMONEY telah dilancarkan pada 9 Februari 2021, di mana semua rakyat Malaysia telah dijemput untuk menyertai peraduan tersebut.
Seramai 40 rakyat Malaysia darpada semua peringkat umur telah menyertai Peraduan Video Literasi Kewangan uLearnMONEY di mana mereka perlu membuat video bermaklumat dan kreatif dengan tema literasi kewangan yang diberikan, dalam keselamatan rumah mereka.
Pengumuman Pemenang Peraduan Video Literasi Kewangan uLearnMONEY akan dianjurkan melalui Zoom dan disiarkan juga di Facebook Live pada 4 Julai 2021 pada jam 4 petang untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam peraduan video tersebut, sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa pandemic ini. Pendaftaran untuk acara ini boleh dibuat dengan melayari https://bit.ly/35SUF66.
Semua peserta akan diberi akses ke kursus uLearnMONEY bernilai RM300 secara percuma sebagai tanda penghargaan ke atas penyertaan mereka. Juara pertandingan video akan mendapat ganjaran RM2,000 yang terdiri daripada wang tunai RM1,000 dan e-emas RM1,000. Sementara itu, naib juara pertama berpeluang menerima hadiah wang tunai RM1,000 yang terdiri daripada wang tunai RM500 dan e-emas RM500. Lapan (8) pemenang saguhati juga akan dipilih dan mereka akan menerima e-emas RM100.
Tambahan pula, pengiktirafan khas akan diberikan kepada video yang terbaik dalam setiap kategori kumpulan umur dan video yang paling kreatif akan diberikan hadiah istimewa pada hari acara.
Pertandingan video ini dianjurkan oleh ulearnMONEY dan Master Money Kids dan dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Komuniti Malaysia (PKPKM), Akademi Datuk Arif Shah, Akademi E2E, dan Persatuan Kompas Cahaya, dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Rakan Medianya adalah Money Compass dan Celik Wang, dengan Rakan Strategik, Max Capital Management dan Malaysian Literacy in Financial Education Association (MyLIFE). Peraduan video ditaja oleh Am Goldstone, Quantum Metal, Abundance Advisory, dan Excellenz Wealth Consultancy.
BACA SETERUSNYA: Money2Youth, Kursus Pendidikan Kewangan Untuk Belia
Discussion about this post