EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKS Akan Berdepan Penutupan Yang Tidak Dapat Dielakkan

by moneycompass
Julai 2, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Sentimen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) jatuh ke tahap terendah susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini, demikian menurut RAM Holdings Bhd.

Firma penarafan kredit itu berkata, dalam Indeks Keyakinan Perniagaan RAM Suku Kedua 2021, sentimen PKS menjunam ke paras terendah pada 33.2 daripada 38.7 pada suku tahun sebelumnya.

“Indeks yang merekodkan bacaan 50 dan ke bawah menunjukkan keadaan pesimis dalam tinjauan perniagaan sehingga enam bulan ke depan.

“Tinjauan itu, yang membabitkan sekitar 180 firma, menyoroti nasib PKS dalam usaha untuk bertahan dalam sekali lagi sekatan pergerakan dan penutupan perniagaan dalam bentuk PKP 3.0.

“Syarikat paling pesimis mengenai jualan adalah yang paling meluas dalam kalangan sektor runcit dan perkhidmatan perniagaan, dengan 90 peratus mengatakan ekonomi lemah sebagai cabaran utama mereka.

“Sebaliknya, hampir 90 peratus syarikat pembuatan yang ditinjau menyebut kenaikan kos perniagaan sebagai cabaran utama mereka.

“Ini selaras dengan kenaikan dalam kos bahan mentah baru-baru ini berikutan kenaikan komoditi dan kenaikan kos penghantaran global di tengah-tengah kekangan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

RAM Holdings menambah, lebih daripada separuh firma yang ditinjau beralih kepada pelbagai langkah pengurangan kos pada tahun lalu.

Katanya, dengan PKP 3.0 diteruskan, kira-kira 40 peratus PKS percaya bahawa pengurangan kos adalah perlu untuk kekal berdaya tahan.

“Ini adalah benar terutama untuk syarikat kecil yang mempunyai aliran tunai terhad.

“Sekiranya tiada bantuan lebih lanjut, mereka akan berdepan penutupan yang tidak dapat dielakkan dalam tempoh beberapa bulan,” katanya.

Memandangkan persekitaran operasi yang sukar, sebahagian besar syarikat, terutama PKS dan mereka dakan sektor ‘sentuhan tinggi’, menyuarakan adanya keperluan bantuan jangka pendek.

“Kesinambungan subsidi upah dan moratorium pinjaman, yang kedua-duanya tersedia di bawah PEMERKASA+, adalah bantuan yang paling diperlukan syarikat, iaitu masing-masing pada 36 peratus dan 17 peratus dalam tinjauan syarikat.

“Sebanyak 15 peratus syarikat lagi turut memerlukan pinjaman tambahan untuk terus bertahan.

“Selain daripada moratorium, bank mungkin perlu memberikan pinjaman tambahan untuk menyokong aliran tunai syarikat sehingga ekonomi pulih,” katanya.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Bank Harus Ambil Risiko, Beri Lebih Banyak Pinjaman Untuk PKS

Tags: COVID-19PKPPKS
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Fave Lancar “Beli Dulu, Bayar Kemudian”

Next Post

CW Berita Kewangan: Kibarkan Bendera Putih untuk Bantuan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA