EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Januari 30, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKPD: KWSP Tutup Sementara Pejabat, Kaunter

by moneycompass
Julai 5, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara beberapa pejabat dan kaunter perkhidmatan pelanggan bermula 5 Julai sehingga dimaklumkan kelak, susulan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang diumumkan kerajaan.

Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, pejabat-pejabat yang terlibat adalah KWSP Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Klang, Kajang dan Gombak di Selangor dan KWSP Kuantan, Jerantut dan Pekan di Pahang.

“Sehubungan itu, semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan.

“Sekiranya ada keperluan untuk hadir ke cawangan KWSP, ahli perlu membuat janji temu semula pada tarikh lain selepas tempoh PKPD,” katanya.

Menurut KWSP, keutamaan akan diberikan kepada janji temu yang dibuat untuk pengeluaran bagi umur 50, 55, 60, hilang upaya dan kematian setelah pejabat berkenaan beroperasi semula.

Bagi ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran dan cek jurubank, cawangan KWSP berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran atau untuk melengkapkan transaksi pengeluaran di cawangan yang dipilih ahli.

Sepanjang tempoh ini, perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60 boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun.

“KWSP akan terus melaksanakan langkah-langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan ketika berurusan di pejabat bagi memastikan keselamatan ahli dan anggota KWSP adalah terpelihara,” menurut kenyataan itu.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Selangor, KL Dikenakan PKPD Bermula 3 Julai

Tags: Kumpulan Wang Simpanan PekerjaKWSPPKPD
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pemenang Peraduan Video Literasi Kewangan uLearnMONEY Akan Diumumkan Pada Hujung Minggu Ini

Next Post

AS Sumbang 1 Juta Vaksin Pfizer, Tiba Hari Ini

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA