EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia, Qatar Tingkatkan Hubungan Perdagangan

by moneycompass
Julai 6, 2021
in Berita Pasaran Global, Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar komited untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata Qatar juga mahu memulakan perbincangan mengenai gelembung perjalanan Malaysia-Qatar untuk melonjakkan aktiviti pelancongan antara kedua negara.

Mohamed Azmin menerusi ciapan di Twitter berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdulaziz Al Thani.

Pelbagai topik dibincangkan termasuk pandemik COVID-19, Jawatankuasa Perdagangan Bersama Malaysia-Qatar (JTC), gelembung perjalanan Malaysia-Qatar serta hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala, katanya,

“Saya teruja dengan cadangan Sheikh Khalid untuk mengadakan mesyuarat JTC Malaysia-Qatar dengan segera kerana ia sangat penting untuk menggerakkan operasi dan fungsi yang akan mempercepatkan usaha kami untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala serta memupuk kerjasama perniagaan strategik,” katanya.

Menurut Mohamed Azmin, peluang yang lebih luas untuk hubungan ekonomi dan perniagaan global rentas sempadan akan wujud apabila Qatar meneruskan penganjuran Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

Sementara itu, beliau berkata Sheikh Khalid juga memuji kerjasama antara pengeluar makanan dan tenusu tempatan terbesar di Qatar, Baladna, FGV Holdings Bhd dan FELCRA Bhd dalam usaha sama untuk projek tenusu berskala besar di Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini, Mohamed Azmin berkata bahawa beliau kini dalam misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari di Qatar untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan serta meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi dua hala.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Kerjasama Dua Hala Malaysia-Mesir Akan Ditingkatkan

Tags: malaysiaQatar
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pulau Pinang Masuk Fasa 2 Pada 7 Julai

Next Post

Kedai Runcit, Pasar Boleh Buka Semua Bahagian Di Premis

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA