EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Pulau Pinang Masuk Fasa 2 Pada 7 Julai

by moneycompass
Julai 6, 2021
in Berita Terkini
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Pulau Pinang menjadi negeri keenam memenuhi semua nilai ambang untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata peralihan itu berkuat kuasa 7 Julai ini.

“Berdasarkan tiga indikator dan penilaian terperinci agensi termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan peralihan fasa PPN bagi negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, peralihan fasa di Pulau Pinang berikutan negeri itu mencapai nilai ambang tiga indikator utama termasuk kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa melebihi 10% iaitu pada kadar 10.1%.

“Purata kes jangkitan harian selama tujuh hari bawah nilai ambang 12.2 kes per 100,000 iaitu 9.5 kes per 100,000.

“Kadar penggunaan katil wad ICU mencapai tahap sederhana (moderate) dan penilaian ‘Capacity to Respond’ yang berada pada tahap ‘adequate’,” katanya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya akan terus memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat dan berusaha bersama seluruh jentera negeri dalam mempertahankan kedudukan dicapai itu.

“Saya mengalu-alukan keputusan MKN meluluskan peralihan Pulau Pinang ke Fasa 2 PPN,” katanya.

Katanya, cabaran seterusnya adalah bagi memastikan Pulau Pinang mencapai nilai ambang untuk peralihan ke Fasa 3.

“Pendekatan berkaitan adalah penting supaya lebih banyak sektor dapat dibuka yang seterusnya bakal membawa Pulau Pinang serta rakyat untuk pulih daripada impak pandemik secara keseluruhan.

“Bagi peringkat seterusnya (Fasa 3), kita perlu memastikan indikator nilai ambang berikut tercapai iaitu purata kes harian bagi tujuh hari bawah 109 kes, kemudahan perubatan berada pada paras mencukupi dan seramai 40% rakyat (populasi dewasa) menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Pelan Pemulihan Negara Dilaksanakan Mengikut 4 Fasa

Tags: COVID-19Pelan Pemulihan NegaraPKPPPN
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Pakar: Penutupan Ekonomi Menyebabkan Rakyat Menderita

Next Post

Malaysia, Qatar Tingkatkan Hubungan Perdagangan

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
Berita Terkini

CTOS dan Monash menandatangani MoU untuk memajukan penyelidikan mengenai keadaan kredit pengguna Malaysia

08 Jul 2022
Berita Terkini

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation, Majlis Bandaraya Johor Bahru, tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi

24 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA