EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Oktober 4, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

COVID-19: Varian Lambda Perlu Diberi Perhatian

by moneycompass
Julai 13, 2021
in Berita Pasaran Global
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Selepas kebimbangan berdepan ancaman varian Covid-19 membabitkan Alpha, Beta, Gamma serta Delta, kini muncul satu lagi varian diklasifikasikan sebagai varian yang perlu diberi perhatian (VOI), iaitu varian Lambda.

Selain Lambda, varian VOI lain yang muncul seperti diakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merangkumi Epsilon, Zeta, Eta, Theta, Iota dan Kappa.

Sejak April hingga Mei lalu, varian Lambda mewakili 80% jumlah jangkitan Covid-19 di Peru, selain merekodkan jumlah tinggi jangkitan di Chile, Argentina dan Ecuador.

Lambda yang diambil sempena abjad Greek diistyharkan VOI pada 14 Jun lalu kerana kepantasannya menjangkiti penduduk di negara Amerika Selatan.

Lebih membimbangkan, ada laporan merumuskan varian baharu ini begitu pantas merebak dan menjangkiti individu yang sudah divaksin.

Semua varian Covid-19, mempunyai perbezaan “spike proteins” kesan daripada mutasi dan elemen itulah yang membolehkan virus Covid-19 menyerang sel badan manusia.

Sebagai contoh, varian Delta ketika pertama kali ditemui di India, mempunyai dua “spike proteins”, membabitkan E484Q and L452R, sekali gus menyebabkan pencerobohan mudah virus Covid-19 menyerang sel badan, selain mengelak dikesan serta diserang semula oleh sistem imun badan.

Walaupun masih dalam peringkat penyelidikan, Lambda dikatakan mempunyai tujuh “spike proteins” unik yang bermutasi.

Varian Lambda kini bermutasi dan dikenali L452Q, iaitu bersamaan mutasi L452R yang didapati pada varian Delta dan Epilson.

Mutasi L452R dipercayai menyebabkan varian Delta dan Epilson merebak cepat dan sukar dikekang oleh vaksin sekali gus memberi isyarat varian Lambda juga mempunyai potensi merebak pada kadar sama.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Pfizer, AstraZeneca Berkesan Tangani Varian Delta, Kappa

Tags: COVID-19Lambdavarian
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Industri Kayu Rugi RM3 Bilion Sepanjang Jun

Next Post

E-dagang Meningkat Kerana COVID-19

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA