EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Isnin, Mac 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Dagangan Malam Tarik Banyak Peserta, Naikkan Dagangan

by moneycompass
Julai 7, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Langkah Bursa Malaysia Derivatives Bhd (BMD) untuk melancarkan sesi dagangan selepas waktu dagangan (T+1) atau Night Trading (Dagangan Malam) akan menarik lebih banyak peserta pasaran dari seluruh dunia dan dijangka dapat meningkatkan dagangan secara berkata pada setiap suku tahun, kata CGS-CIMB Futures Sdn Bhd.

Peniaga Kanannya Muhammad Azwan Sekeri berkata inisiatif itu juga akan memberi lebih banyak peluang kepada pedagang bagi mendapat maklumat mengenai sesi dagangan kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO) dan pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

“Sesi dagangan malam ini akan dapat menarik pelabur domestik dan asing,” katanya kepada Bernama selepas sesi webinar ‘Analysis of Palm Oil Price Movement (FCPO) Factors in the Futures Contract Market’ yang dihoskan oleh CGS-CIMB Futures.

Imbas kembali, BMD telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sesi dagangan malam pada suku keempat tahun 2021 bagi meningkatkan daya tarikan pasaran derivatif Malaysia kepada peniaga di seluruh dunia.

la akan menambahbaik harga penawaran Bursa Malaysia Derivatif berdasarkan pertumbuhan yang signifikan dalam penyertaan di pasaran derivatif sejak 2019.

Pada tahun 2020, jumlah kontrak didagangkan naik sebanyak 35 peratus kepada 18.2 juta kontrak daripada 13.5 juta kontrak pada 2019 dengan peserta asing menyumbang 46 peratus daripada jumlah dagangan tersebut.

Pada 30 Jun 2021, jumlah dagangan bulanan untuk FCPO di BMD mencapai paras tertinggi iaitu 1.7 juta kontrak dengan 42.6 juta tan metrik minyak sawit mentah diniagakan, melepasî rekod sebelumnya sebanyak 1.66 juta kontrak didagangkan pada bulan Mac 2020.

Selain itu, Muhammad Azwan berkata harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi sekarang ini adalah disebabkan krisis kesihatan ketika ini, permintaan untuk komoditi melebihi penawaran kerana kekurangan tenaga kerja.

“Saya yakin apabila Malaysia mencapai tahap mencapai imuniti kelompok yang tinggi dan orang dapat kembali kepada kehidupan normal, masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan akan selesai secara beransur-ansur dan harga FCPO akan menjadi stabil.

“Pada masa ini harga FCPO adalah tinggi sekitar RM3,800-RM4,000 satu tan metrik menyebabkan harga minyak masak juga tinggi,” katanya.

Bagi pengeluaran minyak kelapa sawit pula, beliau berkata antara faktor unik yang turut mempengaruhi pengeluaran minyak kelapa sawit adalah cuaca panas (El- Nino) dan banjir.

Daripada segi permintaan pula, faktor geopolitik seperti Kesatuan Eropah memboikot penggunaan minyak sawit dan perubahan cukai eksport dan levi mempengaruhi permintaan daripada negara luar.

 

— BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Lanjutan Fasa Pertama Jejas Dagangan Di Bursa Malaysia

Tags: Bursa MalaysiaDaganganMalamNight Tradingpelaburan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Penutupan Kilang Sarung Tangan Jejas Pendapatan

Next Post

Moratorium Boleh Mula Dimohon Mulai Hari Ini

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA