EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Industri Kayu Rugi RM3 Bilion Sepanjang Jun

by moneycompass
Julai 7, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

GEORGE TOWN – Industri kayu merayu agar kerajaan membenarkannya beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh kerana ia menyebabkannya mengalami kerugian lebih RM3 bilion sepanjang Jun.

Syarikat berkaitan industri itu tidak dibenarkan beroperasi sejak 1 Jun lalu di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kecuali kilang yang mengeluarkan perabot untuk hospital dan berkaitan perubatan.

Bagaimanapun, syarikat perabot yang mengeluarkan produk untuk tujuan eksport dibenarkan meneruskan semula operasi di beberapa negeri yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Presiden Persatuan Perkayuan Malaysia (MTA) Goh Chee Yew berkata, fasa kedua yang berkuat kuasa di beberapa negeri dan melibatkan industri kayu terpilih tidak benar-benar mengalami masalah.

Namun katanya, dengan sekatan yang dilaksanakan ketika ini, sembilan ahlinya yang mewakili majoriti sektor perkayuan dan produk kayu masih mengalami kerugian, iaitu sebanyak RM67 juta setiap hari pada bulan lalu.

Goh berkata, secara amnya industri itu mematuhi SOP ketat yang dikenakan ketika dibenarkan beroperasi tahun lalu.

Katanya, malang sekali apabila industri diletakkan di bawah senarai negatif menyeluruh sejak 1 Jun kerana permintaan daripada pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menunjukkan peningkatan yang didorong oleh pertumbuhan ekonomi di negara terbabit.

“Permintaan tinggi terhadap produk kayu Malaysia biasanya disebabkan kehadiran musim panas antara Jun hingga Ogos.

“Musim panas adalah salah satu tempoh terbaik untuk pengeksport kami mendapatkan jualan tinggi untuk tahun itu. Jika kita terlepas, pengeksport akan menderita dua kali ganda kerana perolehan berkurangan,” katanya.

Goh berkata, susulan pelaksanaan sekatan, kebanyakan tempahan dihantar ke Indonesia dan beberapa negara jiran memandangkan tiada larangan terhadap industri kayu di sana.

Persatuan itu mewakili sembilan kumpulan pedagang kayu utama negara dan pernah menghantar surat rayuan kepada perdana menteri bulan lalu.

Eksport produk berasaskan kayu menunjukkan peningkatan dalam tempoh suku pertama tahun ini sebanyak 9.9% kepada RM6 bilion, lapor Majlis Kayu-kayan Malaysia.

Negara mengeksport kayu dan produk berkaitan bernilai RM22 bilion sepanjang tahun lalu. Pasaran terbesar adalah di AS dengan 60% produk perabot dihantar ke sana. Sebahagian besarnya diambil oleh Walmart dan beberapa pengedar lain, lapor Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia pada Mac.

Goh berkata, permintaan keranda dan peti mayat yang semakin meningkat tidak dapat dipenuhi disebabkan sekatan yang dikenakan.

Katanya, secara idealnya kerajaan harus membenarkan sekurang-kurangnya 60% hingga 80% tenaga kerja untuk beroperasi dengan syarat setiap pekerja diberi dos pertama vaksin Covid-19.

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: Tiada Perancangan, Industri Pelancongan Akan Rugi RM100 Bilion

Tags: Industrikayu
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

CW Berita Kewangan: Kaedah Pembayaran Alternatif Yang Selesa, Tepat

Next Post

COVID-19: Varian Lambda Perlu Diberi Perhatian

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA