EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Mac 22, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

PKS Mikro Berdepan Risiko, 14 Juta Rakyat Terkesan

by moneycompass
Julai 8, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
PKS
Share on FacebookShare on WhatsApp

PETALING JAYA – Kementerian beri amaran sektor Perusahaan Kecil & Sederhana Mikro (PKS Mikro) di ambang genting sekiranya “lockdown” berterusan bagi tempoh masa yang tidak terbatas.

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dalam kenyataan berkata hasil tinjauan menganggarkan kira-kira 580,000 perniagaan berdepan risiko sekiranya tidak dibenarkan beroperasi menjelang Oktober.

Perniagaan berkenaan membentuk 49% dalam sektor PKS Mikro, namun tergolong dalam kategori perusahaan yang paling awal diarah tutup dan paling akhir dibenarkan beroperasi (first to close, last to open).

Ini bermakna pekerjaaan lebih 7 juta rakyat dijangka akan terkesan, kata kementerian dalam kenyataan.

“Jika diandaikan setiap pekerja terbabit rata-ratanya mempunyai dua tanggungan, ini bermakna 14 juta orang lagi akan terjejas oleh keadaan ini,” tambahnya.

Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kebenaran ini harus disuarakan agar rakyat sedar akan kedahsyatan yang dihadapi PKS Mikro, dan betapa mendesaknya suatu tindakan pemulihan dibentangkan bagi menangani masalah ini.

Beliau memberi amaran kegagalan menyelesaikan perkara ini akan memberi kesan yang hebat ke atas lanskap sosio-ekonomi negara, yang kemudiannya akan mempengaruhi kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya kita tak melakukan sesuatu untuk membantu mereka sekarang, saya bimbang banyak PKS Mikro akan gagal dan tiada untuk membantu membina semula ekonomi apabila perniagaan dibenar buka.

“Saya juga bimbang kegagalan perniagaan PKS Mikro kerana ‘lockdown’ yang berpanjangan akan mencetuskan kesan domino, masyarakat teruk terjejas, membawa kepada kesan sosial dan ekonomi yang lebih serius,” katanya.

Tinjauan melibatkan 6,664 responden oleh kementerian itu juga mendapati 1/3 pihak yang ditinjau tidak menerima pelbagai bantuan yang diumumkan kerajaan.

Ia juga mendapati 60% usahawan mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk keadaan kesihatan dari segi mental semasa ‘lockdown’, akibat kehilangan atau kekurangan pendapatan, hutang, atau isu-isu kewangan, dan risiko perniagaan ditutup.

Kementerian berkata lebih 90% usahawan tiada insurans manakala 70% tiada apa-apa yang dapat menyelamatkan mereka sekiranya hilang pekerjaan.

“Kesan ‘lockdown’ bukan sahaja memberi kesan kepada aspek ekonomi tetapi juga aspek sosial. Saya bimbang semakin lama perniagaaan tidak dibenarkan beroperasi, lagi banyak masa yang diperlukan untuk pulih.”

 

–FREE MALAYSIA TODAY

BACA SETERUSNYA: PKS Akan Berdepan Penutupan Yang Tidak Dapat Dielakkan

Tags: COVID-19LockdownPeniagaPKSPKS MikroUsahawan
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Affin Bank Meneruskan Komitmen Untuk Membantu Kestabilan Kewangan Rakyat

Next Post

EU Perjelas Isu Vaksin AstraZeneca Tidak Diiktiraf

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA