KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (“AFFIN BANK” atau “Bank”) ialah penaja utama dan pertama bagi bank komersial untuk Selangor Accelerator Programme (SAP) 2021, sebuah inisiatif di bawah Selangor Information Technology and Digital Ecoonmy Corporation (SIDEC).
SAP bertujuan untuk mempersiapkan 30 syarikat pemula niaga yang masih di peringkat awal untuk menjadi perniagaan yang sedia dilabur. la merupakan sebuah program inkubator berstruktur selama tiga bulan untuk syarikat pemula niaga mendapatkan pendedahan yang berkaitan dengan industri, menggilap produk dan perniagaan mereka, dan mempertajam kemahiran insaniah dan gaya pitching pasukan teras mereka melalui bimbingan dari mentor berpengalaman dan bengkel komprehensif. Selain daripada itu, program ini mempersiapkan para peserta untuk hari demo terakhir di mana mereka diberi peluang untuk membentangkan perniagaan mereka kepada pemodal teroka, syarikat korporat dan agensi kerajaan terkemuka.
Tema tahun ini akan berfokus pada syarikat pemula niaga dari bidang Agrotech, Fintech, Greentech, e-Commerce, dan Smart City Solutions (Proptech, Mobility & Logistics). Pendaftaran dibuka dari sekarang sehingga 14 Julai 2021. Semua pemenang yang layak berpeluang untuk memenangi kumpulan hadiah wang tunai bernilai RM50,000.
BACA SETERUSNYA: Affin Bank Meneruskan Komitmen Untuk Membantu Kestabilan Kewangan Rakyat
Discussion about this post