EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Boost: Tiga Pelan Insurans, Takaful Ditawarkan

by moneycompass
Julai 13, 2021
in Gaya Hidup
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Penyedia e-dompet tempatan, Boost memperkenalkan tiga pelan mikro insurans dan takaful di bawah ‘Boost Protect’ iaitu MozzieProtect, FamilyProtect serta Critical Illness Care.

Produk terbaharu itu juga adalah tambahan kepada produk insurans dan takaful mampu milik dengan perlindungan premium untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah, berkata Boost kini mempunyai 13 pelan perlindungan yang tersedia untuk dimiliki dengan ditaja jamin oleh tiga anak syarikat Great Eastern iaitu Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd, Great Eastern General Insurance (Malaysia) Bhd dan Great Eastern Takaful Bhd.

“Dalam situasi disebabkan COVID-19 hari ini, rakyat mengutamakan perlindungan bagi memelihara kesihatan serta menanggung impak kehilangan pendapatan.

Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh juga membuatkan rakyat semakin cermat dalam berbelanja.

“Ini adalah antara faktor Boost memperkukuhkan tawaran e-dompet, termasuk pelan mampu milik dan bersaiz kecil yang tetap memberi perlindungan premium,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairil berkata, pelan terbaharu Boost itu boleh diakses melalui fungsi ‘Insurans’ pada laman utama aplikasi Boost untuk dipilih oleh pengguna.

Beliau berkata, sebagai manfaat tambah nilai, tiga pelan baharu itu disertakan Dana Vaksin COVID-19, yang memberikan manfaat tunai hospital harian sebanyak RM200 sehari sehingga tujuh hari untuk kemasukan hospital.

Dana ini juga, katanya, menawarkan bayaran sekali gus sebanyak RM10,000 bagi setiap hayat sekiranya kematian berkaitan dengan Kesan Advers Berikutan Pelalian (AEFI) dalam tempoh 30 hari selepas menerima Vaksin COVID-19, atau daripada tarikh kemasukan hospital akibat AEFI (mana yang kemudian).

Katanya, Boost juga menyertakan ciri bayaran berkala yang baharu, membolehkan pengguna membuat bayaran atau caruman secara automatik untuk pelan perlindungan setiap bulan tanpa perlu membeli atau menyertai semula pelan.

Ciri pembayaran atau caruman berkala baharu ini, katanya, boleh digunakan untuk enam pelan perlindungan, khususnya BillProtect, CardProtect, HospiCash, Protect Super6, ProtectActive, dan SME OwnerProtect.

Boost pertama kali melancarkan produk mikro insurans dan takaful ‘Boost Protect’ pada Ogos 2020.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Penanggung Insurans Hayat Lanjutkan Penangguhan Bayaran

Tags: BoostCOVID-19e-dompetinsuransPKPtakaful
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Ketahui 5 Tip Ini Sebelum Anda Mula Melabur!

Next Post

Harga Rumah Meningkat 3.0 Peratus Tahun Depan

Related Posts

rumah pertama
Gaya Hidup

Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu

23 Sep 2022
insurans perjalanan
Gaya Hidup

Insurans Perjalanan: 5 Kepentingan Yang Wajib Diketahui Sebelum Anda Ke Luar Negara

07 Sep 2022
Bersatu dalam minda dan jiwa, setiap tahun ribuan warga kerja syarikat farmaseutikal dari Switzerland, Roche, mengenakan kasut sukan mereka untuk satu tujuan yang mulia - demi kanak-kanak yang memerlukan menerima sokongan untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih cerah. 
Gaya Hidup

Roche Children’s Walk Berjaya Mengumpul RM63,200 Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

16 Ogo 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA