EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Selasa, Oktober 3, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Harga Rumah Meningkat 3.0 Peratus Tahun Depan

by moneycompass
Julai 9, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Harga dan sewa rumah dijangka mencatatkan peningkatan dalam tempoh 12 bulan akan datang, demikian mengikut hasil kaji selidik terkini Juwai IQI.

Kaji Selidik dan Indeks Hartanah Malaysia Suku Ketiga 2021 Juwai IQI yang dijalankan secara dalam talian pada Mei dan Jun membabitkan 397 ejen hartanah di Malaysia itu menunjukkan harga rumah akan naik tiga peratus dalam tempoh 12 bulan akan datang dan kemudian meningkat sebanyak 12 peratus bagi 12 bulan berikutnya.

Sewa bagi tempoh 12 bulan akan datang hampir tidak berubah dengan pertumbuhan satu peratus, namun akan meningkat kepada lapan peratus selepas suku ketiga 2022.

Sentimen semasa ejen menunjukkan peningkatan ketara berbanding kira-kira setahun lalu pada 2020, yang mana pada ketika itu, tinjauan sangat negatif dengan ejen menjangkakan kemerosotan lima peratus dalam harga rumah dan penyusutan empat peratus dalam sewa.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata tinjauan bagi pasaran hartanah Malaysia dijangka lebih baik menjelang Januari 2022 dengan jangkaan peningkatan transaksi dan harga dalam segmen khusus.

Beliau berkata, hasil kaji selidik terkini pihaknya menunjukkan tinjauan ejen hartanah di seluruh Malaysia secara berterusan meningkat.

Katanya, setahun yang lalu, ejen hanya mengunjurkan ‘malapetaka’, apabila menjangkakan penurunan harga rumah dan sewa yang ketara.

“Sebaliknya, hari ini, mereka melihat kestabilan dan pertumbuhan sederhana pada tahun depan. Melangkah jauh ke depan, ejen melihat pertumbuhan yang lebih pesat dan prospek pasaran menarik pada 2022 hingga 2023.

“Ejen menjangkakan harga rumah naik tiga peratus 12 bulan ke depan dan kemudian meningkat sebanyak 12 peratus dalam 12 bulan berikutnya.

“Sewa untuk tempoh 12 bulan akan datang hanya satu peratus. Bagaimanapun, selepas suku ketiga 2022, pertumbuhan akan meningkat sehingga lapan peratus,” katanya.

Kashif berkata, pembeli pertama kali adalah pemenang sebenar dalam pasaran semasa dengan kaji selidik itu menunjukkan pembeli kumpulan itu mewakili bahagian pembelian yang lebih besar.

Beliau berkata, pembeli pertama kali melakukan 35 peratus transaksi rumah baharu dan 31 peratus transaksi ‘subsale’ pada separuh pertama 2021.

Katanya, pembeli pertama kali mendapat manfaat daripada dasar rangsangan kerajaan.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Industri Hartanah Terjejas Akibat Sekatan Pergerakan

Tags: hargaHartanahrumahsewa
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Boost: Tiga Pelan Insurans, Takaful Ditawarkan

Next Post

OPR Akan Diturunkan Jika COVID-19 Semakin Buruk

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA