EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

OPR Akan Diturunkan Jika COVID-19 Semakin Buruk

by moneycompass
Julai 9, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Terdapat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mempertimbang untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, jika situasi COVID-19 menjadi bertambah buruk.

Kenanga Research dalam notanya berkata, dengan ruang fiskal yang terhad dan ruang hutang untuk mengumpulkan dana bagi membiayai defisit semakin menyusut selain langkah menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mungkin terhad atau tidak berkesan, bank pusat mungkin mempertimbang untuk mengurangkan OPR.

Namun, firma penyelidikan itu menegaskan, kemungkinan situasi itu berlaku adalah rendah buat masa ini dan pihaknya mengekalkan pandangan bahawa OPR akan kekal pada 1.75 peratus untuk baki tahun ini.

“Kami masih percaya bahawa mod dasar monetari BNM masih menyesuaikan diri dengan peralihan ke arah neutral daripada agresif kerana ia melihat peningkatan dalam pemulihan pertumbuhan global bersama dengan kenaikan harga komoditi dan inflasi keseluruhan.

“Secara keseluruhan, nada pernyataan tidak banyak berubah daripada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, AmBank Research pula menjangkakan OPR akan dikekalkan pada paras semasa sepanjang tahun ini memandangkan kadar faedah semasa mencukupi untuk menampung ekonomi dan pengurangan selanjutnya dalam kadar faedah tidak mungkin membantu merangsang ekonomi.

Ia berkata, sebarang keputusan mengubah OPR akan dipengaruhi oleh data dan maklumat baharu, selain implikasi terhadap keseluruhan tinjauan bagi inflasi dan pertumbuhan domestik.

“Aliran meningkat tekanan inflasi kekal didorong oleh tekanan kos berikutan gangguan bekalan susulan sekatan pergerakan yang lebih ketat bagi membendung pandemik.

“Inflasi dijangka kekal sementara. Lonjakan baru-baru ini disebabkan oleh asas rendah dan diunjurkan menjadi sederhana dalam jangka masa terdekat kerana kesan asas ini hilang. Bagi tahun penuh 2021, inflasi dijangka sekitar 3.0 peratus,” katanya.

Sementara itu, OCBC Bank dalam nota penyelidikannya pula menjangkakan terdapat potensi bagi BNM melakukan apa yang boleh untuk mendorong pertumbuhan dengan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas jika langkah membendung penularan pandemik yang ketat mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Bank Negara: OPR Dikekalkan pada 1.75 Peratus

Tags: Bank Negara MalaysiaKadar Dasar SemalamanOPR
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Harga Rumah Meningkat 3.0 Peratus Tahun Depan

Next Post

PLUS: Bantuan Selama Tiga Bulan, Pengurangan Sewa

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA