EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Tutup Industri, Ekonomi Untuk Tangani Pandemik

by moneycompass
Julai 9, 2021
in Berita Pasaran Tempatan
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Cadangan menutup ekonomi dan industri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor adalah langkah wajar bagi menangani peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata langkah itu akan menyebabkan kerugian sekitar RM200 juta sehari, namun ia bersifat jangka pendek berbanding gangguan jangka panjang disebabkan lanjutan PKPD akibat peningkatan berterusan jangkitan pandemik.

“Cadangan kerajaan Selangor adalah tepat sekali kerana kadar jangkitan dikesan berlaku dengan cepat di tempat kerja terutama kilang yang dibenarkan beroperasi sewaktu PKPD.

“Jika tidak dilaksanakan, kluster baharu juga terus muncul di kawasan berkenaan dan adalah baik sekiranya ujian calitan diadakan dengan lebih giat di kawasan sasaran.

“Malah, sewaktu tempoh penutupan industri berlangsung semua pekerja mestilah divaksinkan sepenuhnya sebelum dibenarkan bekerja semula. Ia lebih adil kepada semua pihak,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan beliau sudah mengesyorkan beberapa cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Cadangan terbabit antara lain merangkumi, langkah mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan PKPD.

Selain itu, kerajaan negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi.

Mengulas lanjut, Aimi Zulhazmi berkata, kesan jangka pendek kepada ekonomi apabila kilang dihentikan operasinya pasti ada, namun ia adalah untuk kebaikan jangka panjang.

“Sekiranya operasi terus dibenarkan ia tetap akan terganggu dengan jangkitan antara pekerja yang tidak berkesudahan dan ini lebih merugikan. Kerugian jangka pendek dapat dikurangkan dengan keuntungan jangka panjang.

“Sekiranya penularan jangkitan antara pekerja berjaya dihentikan maka ia lebih baik kepada pengusaha, negeri dan ekonomi negara, apatah lagi Selangor menyumbangkan lebih 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia,” katanya.

Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed, berkata langkah yang dicadangkan kerajaan Selangor ketika ini bertepatan dengan keadaan semasa yang amat memerlukan satu sekatan pergerakan yang mampu untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Katanya, sekiranya peningkatan kadar jangkitan tidak dapat dikawal dan peningkatan yang signifikan yang berkemungkinan boleh mencecah lebih daripada 10,000 kes sehari dengan Selangor berkemungkinan menyumbang hampir separuh kes harian, ia bakal melumpuhkan sistem kesihatan dan ekonomi Selangor.

 

–BERITA HARIAN

BACA SETERUSNYA: Pakar Persoal Ketiadaan Strategi Pemulihan Ekonomi Negara

Tags: COVID-19EkonomiIndustriKDNKpekerjaPKPD
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

PLUS: Bantuan Selama Tiga Bulan, Pengurangan Sewa

Next Post

UOBAM Melihat Lonjakan Untuk Pelaburan Korporat Dalam Talian

Related Posts

Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022
ULTRA
Berita Pasaran Tempatan

ULTRA HEROES DATANG KE MALAYSIA !!!

11 Nov 2022
Berita Pasaran Tempatan

CTOS melancarkan program rujukan bagi memacu celik kewangan negara

30 Jun 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA