EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Rabu, Ogos 10, 2022
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Ekonomi Asia Pasifik Terjejas Akibat Jangkitan COVID-19

by moneycompass
Julai 12, 2021
in Berita Pasaran Global
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – Beberapa negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia, dijangka terjejas dari segi pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga tahun ini berikutan lonjakan jangkitan COVID-19 di rantau ini, demikian menurut Moody’s Analytics.

Firma penyelidikan terbabit menjangkakan Indonesia akan terjejas paling teruk, berisiko menyebabkan semakan semula unjuran pertumbuhan Moody’s Analytics sebanyak 4.5 peratus bagi negara itu tahun ini.

“Masalah dihadapi Indonesia adalah permintaan domestiknya merangkumi sebahagian besar ekonomi berbanding negara lain di Asia Tenggara, malah eksport tidak banyak membantu mengimbangi kelemahan domestik di peringkat agregat.

“Vietnam dan Malaysia akan turut terkesan,” katanya dalam analisis bertajuk ‘Rumusan Makro: COVID-19 Jejas Pemulihan Asia’ yang diterbitkan hari ini.

Walaupun menegaskan bahawa 2021 pasti lebih baik berbanding 2020, Moody’s Analytics berkata perkembangan minggu lalu membuktikan bahawa bagi kebanyakan ekonomi di Asia Pasifik, pengurusan dan pembendungan COVID-19 adalah menjadi cabaran memandangkan varian Delta mula membadai rantau ini.

Sebagai contoh, ia berkata, Indonesia mengisytiharkan sekatan pergerakan seluruh negara pertama apabila kes meningkat minggu lalu dengan purata harian hampir mencecah 30,000.

Jepun pula mengisytiharkan darurat akan diteruskan sehingga Olimpik Tokyo, dijadual bermula 23 Julai ini.

Firma penyelidikan itu berkata, sekatan pergerakan di Sydney dilanjutkan kerana varian jumlah kes varian Delta yang amat mudah berjangkit sudah melepasi paras selesa, manakala kes COVID-19 ketika ini adalah yang terburuk dialaminya.

“Sekatan pergerakan di Ho Chi Minh City bermula minggu ini, manakala gelombang keempat sudah melanda Korea Selatan,” tambahnya.

Moody’s Analytics menegaskan bahawa tema serupa ekonomi yang bergelut dengan lonjakan kes COVID-19 adalah jadual vaksinasi domestik yang perlahan.

“Semua ekonomi terbabit masih jauh daripada daya tahan kelompok, mendedahkan semuanya kepada sekatan pergerakan berterusan yang memberi tekanan kepada permintaan domestik dan pemulihan, situasi yang mungkin berterusan sehingga separuh kedua 2021,” katanya.

 

–BERNAMA

BACA SETERUSNYA: Tutup Industri, Ekonomi Untuk Tangani Pandemik

Tags: asiaCOVID-19EkonomimoodyPasifik
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Journify, Platform Digital Sehenti Untuk Pelancongan

Next Post

7 Cara MUDAH Untuk Membuat & Mengekalkan Belanjawan

Related Posts

bitcoin
Berita Pasaran Global

Bitcoin capai peningkatan tertinggi sehingga 2.6 peratus

21 Okt 2021
wto
Berita Pasaran Global

WTO gagal dapat pengecualian harta intelek vaksin COVID-19

18 Okt 2021
Singapura
Berita Pasaran Global

Singapura ketatkan dasar monetari, kawal inflasi akibat COVID-19

14 Okt 2021

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA