EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Januari 27, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

UOBAM Melihat Lonjakan Untuk Pelaburan Korporat Dalam Talian

by moneycompass
Julai 12, 2021
in Berita Korporat
Share on FacebookShare on WhatsApp

KUALA LUMPUR – UOB Asset Management Ltd (UOBAM) melihat lonjakan untuk pelaburan korporat dalam talian, dengan jumlah pengguna di Malaysia, Singapura dan Thailand di portal pelaburan digitalnya untuk pelabur korporat, UOBAM Invest, meningkat 330 peratus sepanjang tempoh 18 bulan yang Iepas. Jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) di portal dalam talian tersebut juga melebihi RM3 bilion.

Beribu pejabat di Singapura, UOBAM berpendapat bahawa trend meningkat untuk portal dalam talian UOBAM Invest menunjukkan permintaan yang semakin bertambah daripada pelabur korporat untuk penyelesaian digital lebih baik yang menawarkan akses sepanjang hari serta kefleksibelan untuk membuat perubahan dalam masa nyata ke atas pelaburan dan portfolio peribadi mereka. Penasihat Digital (Digital Adviser) UOBAM Invest, yang merupakan perkhidmatan penasihat robo pertama khusus untuk pelabur korporat di Singapura dan Malaysia, menampilkan perancang portfolio berasaskan algoritma yang membolehkan pengguna melabur dalam portfolio dana UOBAM yang disesuaikan dan juga dana dagangan bursa (ETF) global. Pelabur korporat juga boleh memilih perkhidmatan Dana Langsung (Fund Direct) untuk membina dan menguruskan portfolio dana mereka sendiri.

Lebih kurang tiga dalam lima pengguna UOBAM Invest merupakan pelanggan baharu Kumpulan UOB. Sebilangan besar pengguna terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang meraih manfaat digitalisasi dalam semua aspek operasi mereka. Melalui UOBAM Invest, semua syarikat ini mempunyai akses langsung serta kawalan lebih besar ke atas pelaburan budi bicara dalam talian, dengan itu, membolehkan mereka mengoptimumkan pulangan dan meningkatkan kecairan dengan lebih berkesan. UOB juga membantu syarikat Malaysia mendigitalkan perniagaan mereka dalam bidang lain seperti pengurusan akaun kewangan harian melalui UOB Business Internet Banking Plus serta proses pentadbiran dan pengurusan e-dagang melalui UOB SmartBusiness.

 

Permintaan yang kukuh untuk dana bon dan pulangan stabil

Minat dan permintaan pelabur korporat untuk melabur dalam talian terus meningkat memandangkan interaksi secara bersemuka masih tidak dibenarkan dalam pandemik COVID-19. Bilangan transaksi yang dilakukan dalam portal dalam talian UOBAM Invest pada tahun ini telah melebihi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi 2020.

Berikutan persekitaran kadar faedah yang rendah di negara, UOBAM melihat permintaan kukuh daripada pelabur korporat untuk dana bon, termasuk dana bon Islam, yang menawarkan pulangan yang stabil. Sehingga 30 Jun 2021, dana bon, seperti United-i High Quality Sukuk Fund dan United Conservative Bond Fund, mempunyai jumlah AUM lebih daripada RM200 juta di UOBAM Invest, pertumbuhan sebanyak 66 peratus pada tahun ini sehingga kini.

Dalam membantu pelabur korporat menuju ke arah pelaburan mampan dan sejajar dengan penekanan yang semakin meningkat untuk melabur dengan tujuan tertentu, UOBAM juga telah menyediakan lebih banyak dana yang bertumpukan pada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), seperti United-i Asia ESG lncome Fund, di UOBAM Invest.

 

BACA SETERUSNYA: UOB Malaysia Tawar Moratorium Enam Bulan Kepada Pelanggan

Tags: InvestpelaburanPendigitalanUOB Asset Management LtdUOBAM
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Tutup Industri, Ekonomi Untuk Tangani Pandemik

Next Post

Pembuangan Pekerja Besar-Besaran, Potongan Gaji Dijangka Berlaku

Related Posts

Berita Korporat

Talentbank Mengumumkan 140 Majikan Utama di Malaysia pada majlis Anugerah Pilihan Graduan 2023.

12 Jan 2023
Berita Korporat

PropertyGuru: Pemulihan Pasaran Hartanah dan Keyakinan Pembeli Menanti Kestabilan Ekonomi

20 Dis 2022
Peril Khas
Berita Korporat

Adakah Ini Masanya untuk Dapatkan Perlindungan Peril Khas?

13 Dis 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA