EDITION
  • English
  • 中文
  • Bahasa
  • eDagang
Jumaat, Jun 9, 2023
uLearnMoney Langganan Acara
No Result
View All Result
Celik Wang
ulearnmoney
ulearnmoney
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
Langganan
Berita Terkini
Celik Wang
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU
No Result
View All Result
EN 中文 eDagang
Celik Wang

Malaysia Capai Kadar Vaksinasi Tertinggi

by moneycompass
Julai 13, 2021
in Berita Terkini
WHO
Share on FacebookShare on WhatsApp

KLANG – Kejayaan mencapai kadar vaksinasi tertinggi, iaitu melebihi 400,000 dos sehari, merupakan satu pencapaian yang membanggakan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ia merupakan suatu ‘milestone’ yang sangat baik untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), serta usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.

“Sukacita juga saya ingin maklumkan bahawa semalam (12 Julai 2021), kita telah berjaya mencapai kadar vaksinasi yang tertinggi iaitu melebihi 400,000 dos sehari.

“Ini merupakan satu ‘milestone’ yang sangat baik buat program vaksinasi kita dan juga usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok, insya-Allah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai membuat lawatan mengejut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara mencecah rekod tertinggi pada 12 Julai, iaitu sebanyak 421,479 dos.

Melalui perkongsian data di akaun Twitter miliknya, pemberian dos pertama adalah sebanyak 264,034 manakala dos kedua pula sebanyak 157,445 suntikan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin untuk menambah lagi perolehan vaksin sedia ada.

“Walaupun kita telah beli, tetapi ia lambat sampai. Kalau ada yang lain boleh bekal…contohnya Pharmaniaga boleh tambah dua ke tiga juta dos, kita akan beli. Ini komitmen Kerajaan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Selain itu, Muhyiddin berkata, beliau gembira bilangan negeri yang memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) semakin bertambah, dengan Sarawak menjadi negeri terbaharu.

Langkah-langkah yang telah diambil melalui Pelan itu, katanya lagi, dilihat agak berkesan, dan beliau yakin negara juga bakal memasuki Fasa Dua PPN tidak lama lagi.

 

–ASTRO AWANI

BACA SETERUSNYA: Penggunaan Campuran 2 Vaksin Disokong Oleh Pakar

Tags: COVID-19Vaksin
ShareSendShareSendTweetShare
Previous Post

Shopee: RM3,000 Ditawarkan Kepada 60 Ribu PKS Mikro

Next Post

Kerajaan Arab Saudi Iktiraf Vaksin Sinovac

Related Posts

Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023, 130 sukarelawan 
menanam sejumlah 600 pokok
Berita Terkini

Kelestarian Hutan Paya Gambut Negara Menjadi Keutamaan Pada Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023

22 Mei 2023
Berita Terkini

SAYAJUAL.IO bakal mengumpul RM6 JUTA dalam kempen pendanaan awam

21 Feb 2023
Berita Pasaran Tempatan

PM umum 18 dan 19 November cuti

15 Nov 2022

Discussion about this post

Plugin Install : Popular Post Widget need JNews - View Counter to be installed

LANGGANAN KEAHLIAN

Langgan Sekarang

Daftar untuk mendapatkan akhbar kami

Maklumat terkini berkaitan bisnes, kewangan, pelaburan and banyak lagi

Ikuti Kami di Media Social

Berita
Perkara-perkara Menarik
Kompas
Money Tube
Gaya Hidup Bijak
Profil Korporat
Iklan
Langganan
Karier
Hubungi Kami
E-Pembelajaran
Acara
Polisi Terkawal
Terma Pengunaan
Strategic Partners

Copyright © . Money Compass. All Rights Reserved.

Design and Development by Ant Internet Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • HALAMAN UTAMA
  • BERITA
    • Berita Pasaran Global
    • Berita Pasaran Tempatan
  • PERKARA-PERKARA MENARIK
  • KOMPAS
    • Kewangan
    • Pelaburan
    • Memulakan
    • Modal
    • Infographics & Quotes
  • MONEY TUBE
  • GAYA HIDUP
  • BERITA BAHARU

© 2020 Money Compass

Career

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA